Saturday, February 12, 2011

12 Febuari :Revolusi Mesir vs Kesyahidan Imam Hassan al-Banna

Bismillahwalhamdulillah,


30 TAHUN berlalu,10 KERAJAAN sudah bertukar ,dengan hanya 1 PRESIDEN  yang memerintah,rekodnya sebagai diktator sememangnya hebat .Akhirnya terpaksa akur dengan kehendak rakyatnya yang mahukan dia mengundur diri. 18 hari mengasak sehinggakan kemuncaknya berarak ke Istana Presiden menunjukkan komitmen rakyat mahu melihat Mesir berubah .

PERISTIWA 12 FEBUARI 1949

Tanggal 12 Feb 2011 akan menjadi hari bersejarah buat warga Mesir,menamatkan pemerintahan dan menunjukkan bahawa rakyat lebih berkuasa daripada seorang pemerintah.Masihkah anda semua mengingati peristiwa 12 feb 1949?Syahidnya seorang pejuang terkenal,pengasas kepada Ikhwan Muslimin,sebuah gerakan Islam.As-Syahid Imam Hassan Al-Banna telah syahid pada tanggal ini telah ke Jamiyyah al-Shubban al-Muslimeen bersama abang iparnya , Abdul Karim Mansur untuk berunding dengan seorang menteri Zaki Ali Basha yang mewakili pihak kerajaan Mesir ketika itu.Setelah menunggu sehingga ke jam 5 petang,Imam Hassan dan Abdul Karim membuat keputusan untuk meninggalkan tempat itu setelah wakil kerajaan tidak muncul menghadirkan diri.Sebaik sahaja keluar daripada pejabat ,Imam Hassan Al-Banna ditembak oleh 2 penembak upahan.Walaupun terkena tujuh tembakan, Hasan al-Banna masih mampu berjalan masuk semula ke pejabat  menelefon ambulans untuk membawa mereka ke hospital.

Mereka dikawal rapi oleh Jeneral Muhammad al-Jazzar dan tidak membenarkan sebarang rawatan diberikan kepada Hasan al Banna di hospital Qasral 'Aini, . Pada pukul 12.50 tengah malam, Hasan al-Banna menghembuskan nafas yang terakhir akibat pendarahan yang banyak.


Mati seorang pejuang tidak bermakna akan mati perjuangan.Perjuagan tetap diteruskan dan disambung sehingga ke hari akhirat.Tahniah,semoga Mesir bangkit dan keluar daripada cengkaman Yahudi dan Amerika!

Tuesday, February 1, 2011

Kuasa Rakyat

Bismillahwalhamdulillah,

Perjuangan memerdekakan tanah air daripada pemerintahan kuku besi korupsi kini memasuki hari ke-8.Rakyat Mesir yang bangkit dengan cetusan inspirasi kejatuhan pemerintahan kuku besi Ben Ali di Tunisia kini memenuhi jalan-jalan raya mendesak Presiden Hosni Mubarak segera meletak jawatan.Setelah 30 tahun, rakyat Mesir sudah tidak dapat menahan sabar dengan gaya pemerintahan Presiden Hosni yang bersifat ditaktor ,selama itulah negara mereka tidak mempunyai sistem pilihan raya sehinggakan Timbalan Presiden pun hanya dilantik kelmarin setelah kekosongan jawatan itu bermula era pemerintahannya.



TUNISIA PEMBEKAL INSPIRASI

Sejarah tercipta apabila Revolusi Jasmine berjaya menumbangkan Presiden Zine El Abinine Ben Ali setelah beliau memerintah Tunisia selama 23 tahun.Kemenangan rakyat yang hanya mengambil masa 48jam itu telah memberi inspirasi bukan sahaja kepada Mesir tetapi turut memberi impak kepada negara Algeria dan Yaman walaupun kedua-dua negara ini tidak sehebat di Mesir.Begitu hebat suara rakyat Tunisia , bukan sahaja berjaya memerdekakan negara mereka daripada cengkaman kuku besi Ben Ali tetapi telah menyuntik semangat negara-negara yang mengalami nasib yang sama.

Kembali ke negara Mesir yang juga negara terbesar di rantau Asia Tengah.Setelah melakukan beberapa penelitian di beberapa web dan akhbar serta pandangan pengalisis politik , terdapat laporan menyatakan rancangan menumbangkan kerajaan Mesir telah dirancang oleh Agensi Perisikan Pusat (CIA) sejak tiga tahun dahulu , namun begitu apa yang berlaku sekarang bukan semata-mata berpunca doktrin halus yang cuba disuntik Amerika dan Britain yang mempunyai kepentingan politik dan ekonomi di negara itu tetapi jelasnya ia berlaku kerana perasaan tidak puas hati rakyat kepada pemerintah yang dilihat gagal melindungi hak rakyat.Kadar pengangguran yang tinggi,gaji yang rendah ,kekejaman polis ,ketiadaan kebebesan bersuara dan kadar inflasi yang tinggi merupakan punca-punca berlakunya letusan gunung berapi rakyat Mesir ini.Rakyat sudah meluat dan hilang sabar dengan pemerintah sebegini,inilah akibatnya!

Sementara itu di Malaysia kini riuh mendesak kerajaan bertindak segera memindahkan pelajar-pelajar Malaysia yang berjumlah hampir 11000 orang.Ibu Bapa menyatakan kebimbangan terhadap keselamatan anak-anak mereka.Tidak kurang masalah kekurangan stok makanan dan kenaikan harga sehinggakan secawan kopi mencecah RM200 ada dalam kalangan mereka terperangkap dan terkandas di lapangan terbang.Wisma Putra digesa supaya cepat bertindak dalam memastikan keselamatan pelajar-pelajar Malaysia di sana.

Semoga rakyat Mesir berjaya memerdekakan negara mereka daripada pemerintah kuku besi korupsi + keselamatan Kakakku Nik Nabilah dan seluruh rakyat Malaysia di Mesir terpelihara sebaiknya,amin.