Saturday, August 20, 2011

Kuasa Dinar

Bismillahwalhamdulillah,

Tak sampai 2 bulan dah naik RM134 untuk satu dinar.fuhh..!
Harga hari ini RM850,alhamdulillah.Bukan persoalan emas naik,tapi persoalan cepatnya matawang ringgit jatuh.Selain daripada krisis Amerika , percetakan duit kertas yang banyak melebihi had yang sepatutnya daripada Bank Negara menyebabkan harganya susut.


Hari ini ramai yang bercakap mengenai harga barangan naik.Betulkah harga barangan harian akan sentiasa naik??jawapannya salah.Sebenarnya nilai barangan tetap sama,tetapi disebabkan susutnya matawang ringgit seolah-olah kita menuding jari pada barang harian yang semakin hari semakin naik.Hakikatnya , harga barang tidak selalu naik.Hari ini , harga minyak dunia turun ke paras AS$84 setong daripada AS$100.Adakah harga minyak akan turun di Malaysia pada masa terdekat?Mungkin....Tapi dilihat dengan pengumuman kerajaan berkenaan permberian bonus menidakkan pengumuman penurunan harga minyak dalam masa terdekat..Ah,itu soal lain.aku hanya mahu menunjukkan fakta nilai harga barangan sentiasa naik adalah salah.Hanya kita di Malaysia sahaja dimomok-momokkan dengan berita harga barangan naik,hakikatnya nilai matawang kita yang susut akibat percetakan wang kertas yang banyak.

Usaha Kelatan Trade Centre dalam menjadikan dinar dan dirham sebagai matawang sepatutnya disokong kerana nilainya sangat stabil dan sentiasa meningkat.Sekarang hampir 200,000 kedai di seluruh Malaysia menerima dinar dan dirham Kelantan sebagai tukaran.Sekiranya negara-negara Islam berpakat menukar matawang kepada dinar,apa yang akan terjadi kepada ekonomi amerika ?Hari ini sudah ramai mempertikai sistem kapatalisme yang diguna pakai disana yang menyaksikan ekonominya merudum.

Nilai wang kertas ringgit akan terus jatuh dan jatuh tambah lagi dengan keadaan politik negara yang mengancam keselamatan pemerintah.Sekiranya pilihan raya umum diadakan dalam masa terdekat ,maka banyak lagilah wang akan dicetak untuk ditabur kepada rakyat dan percayalah harga barangan akan sekali dituduh naik mendadak.Dan ketika itu,nilai wang kertas ringgit akan terus susut nilainya.Tukarkan wang kertas anda kepada Dinar pada hari ini untuk kelestarian masa hadapan.Dinar emas untuk Mahar kahwin? Itu yang terbaik untuk orang yang tersayang!

Jom join program Dinihari Dinar di Bangunan Bakti Siti Hasmah di Taman Tun Dr.Ismail hari ini,bermula jam 9pagi -1 tgh hari.Walaupun aku tidak berkesempatan untuk menghadirinya hari ini,aku seru rakan-rakan blogger untuk sama-sama memeriahkan majlis ilmu ini menambah pengetahuan tentang ekonomi yang akan dikupas oleh Prof Dr Umar Ibrahim Vadillo.



Tak rugi untuk menghadirinya.Dapatkan input-input berkenaan dinar sebaiknya.

No comments:

Post a Comment