Friday, March 9, 2012

Amanah itu berat

Bismillah walhamdulillah.


(1)"Sesungguhnya kami telah kemukakan tanggungjawab amanah (kami) kepada langit dan bumi serta gunung-ganang (untuk memikulnya), maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya (kerana tidak ada pada mereka persediaan untuk memikulnya); dan (pada ketika itu) manusia (dengan persediaan yang ada padanya) sanggup memikulnya. (Ingatlah) sesunguhnya tabiat kebaikan manusia adalah suka melakukan kezaliman dan suka pula membuat perkara-perkara yang tidak patut dikerjakan " (Surah Al-Ahzab ayat 72)


(2)Firman Allah dalam surah Al-Ahzab ini jelas menunjukkan bahawa amanah itu berat dan dibebankan itu adalah bagi mereka yang mempunyai dua ciri iaitu "Al-Qawiyy" dan "Al-Amin" .Mereka yang mampu dan beramanah .Imam Ghazali bertanya kepada anak muridnya , "apakah benda yang paling berat?", lantas perlbagai jawapan yang keluar daripada mulut anak muridnya termasuk gajah dan besi ,"semuanya betul tapi benda yang paling berat ialah melaksanakan amanah".

(3)Setahun sebagai mainboard SRC ,sangat banyak pengalaman dikecapi .Terasa berdosa apabila amanah yang diberikan tidak dapat disempurnakan dengan baik.Sebagai wakil kepada mahasiswa ,terlalu banyak perkara yang perlu dilakukan.Bekerja mengikut awlawiyyatnya.Meeting dengan admin ,manifesto ,meeting program ,kerja-kerja setiausaha dan jua amanah jamaah termasuk usrah membuatkan diri yang hina perlu men 'aulakan sesetangah perkara.Tidak dapat buat semua jangan tinggal semua.

(4)Saya dengan ini memohon maaf secara terbuka atas hak mahasiswa yang tidak tertunai.



(5)Saya mendoakan SRC akan datang berjaya memacu suara mahasiswa dan sama-samalah kita support mereka.Bagi yang nak bertanding ,perlu fikir sebaiknya kerana amanah itu berat.


No comments:

Post a Comment