Friday, March 16, 2012
Friday, March 9, 2012
Amanah itu berat
Bismillah walhamdulillah.
(1)"Sesungguhnya kami telah kemukakan tanggungjawab amanah (kami) kepada langit dan bumi serta gunung-ganang (untuk memikulnya), maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya (kerana tidak ada pada mereka persediaan untuk memikulnya); dan (pada ketika itu) manusia (dengan persediaan yang ada padanya) sanggup memikulnya. (Ingatlah) sesunguhnya tabiat kebaikan manusia adalah suka melakukan kezaliman dan suka pula membuat perkara-perkara yang tidak patut dikerjakan " (Surah Al-Ahzab ayat 72)
(2)Firman Allah dalam surah Al-Ahzab ini jelas menunjukkan bahawa amanah itu berat dan dibebankan itu adalah bagi mereka yang mempunyai dua ciri iaitu "Al-Qawiyy" dan "Al-Amin" .Mereka yang mampu dan beramanah .Imam Ghazali bertanya kepada anak muridnya , "apakah benda yang paling berat?", lantas perlbagai jawapan yang keluar daripada mulut anak muridnya termasuk gajah dan besi ,"semuanya betul tapi benda yang paling berat ialah melaksanakan amanah".
(3)Setahun sebagai mainboard SRC ,sangat banyak pengalaman dikecapi .Terasa berdosa apabila amanah yang diberikan tidak dapat disempurnakan dengan baik.Sebagai wakil kepada mahasiswa ,terlalu banyak perkara yang perlu dilakukan.Bekerja mengikut awlawiyyatnya.Meeting dengan admin ,manifesto ,meeting program ,kerja-kerja setiausaha dan jua amanah jamaah termasuk usrah membuatkan diri yang hina perlu men 'aulakan sesetangah perkara.Tidak dapat buat semua jangan tinggal semua.
(4)Saya dengan ini memohon maaf secara terbuka atas hak mahasiswa yang tidak tertunai.
(5)Saya mendoakan SRC akan datang berjaya memacu suara mahasiswa dan sama-samalah kita support mereka.Bagi yang nak bertanding ,perlu fikir sebaiknya kerana amanah itu berat.

Monday, September 5, 2011
Semester Baru Semester 1 2011/2012
Bismillahwalhamdulillah,
Kehadiran semester baru perlu diiringi dengan semangat baru menuntut ilmu .Azam baru untuk kejayaan yang lebih dalam setiap subjek yang diambil dan setiap bidang yang diceburi.Sasarkan misi anda untuk semester baru ini agar hidup kita akan lebih terpandu.
Nasihat saya untuk diri saya sendiri yang mungkin saudara/saudari turut sama perlukannya -
Cuti semester akan tamat minggu depan , maka semester baru semester 1 2011/2012 akan menemui kita semua bermula Isnin depan , 12 September 2011 .Bagi mereka yang mengambil semester pendek mungkin tidak merasai cuti yang terlalu lama sepertimana mereka yang bercuti 5 bulan di rumah .Cuti yang lama setelah keputusan kerajaan melalui Kementerian Pelajaran Tinggi Malaysia untuk menyelaraskan waktu cuti semester di universiti-universiti di Malaysia dengan Eropah dan negara-negara lain.Sebabnya,menarik lebih ramai pelajar asing ke Malaysia dan menggalakkan pensyarah-pensyarah menghasilkan lebih banyak kajian sewaktu cuti.
Kehadiran semester baru perlu diiringi dengan semangat baru menuntut ilmu .Azam baru untuk kejayaan yang lebih dalam setiap subjek yang diambil dan setiap bidang yang diceburi.Sasarkan misi anda untuk semester baru ini agar hidup kita akan lebih terpandu.
Nasihat saya untuk diri saya sendiri yang mungkin saudara/saudari turut sama perlukannya -
- Ikhlaskan niat dalam menuntut ilmu,jangan kedekut ilmu dan bersungguh-sungguh dalam jalannya
- Jalankan amanah sebagai pelajar ,anak,daei dan perwakilan pelajar sebaiknya
- Hargai masa,imbangkan sebaiknya
Semester ini bakal menjadi semester yang sangat mencabar.Ya Allah permudahkanlah urusanku,mudahkanlah untuk ilmuMu menerangiku.
Wednesday, August 31, 2011
Salam Kemenangan salam kemerdekaan!
Bismillahwalhamdulillah,
Ramadhan 1432H akhirnya telah pergi meninggalkan kita semua.Suasana hebat tatkala semua orang berlumba-lumba mengerjakan kebaikan yang sangat menakjubkan dengan melakukan ibadah terawih ,solat malam ,bersedekah, bertadarus Al-Quran ,mengajurkan majlis berbuka puasa dan lainnya.Begitulah indahnya Ramadhan apabila semua berusaha ke arah kebaikan.Hebatnya Ramadhan dengan ganjaran yang berlipat kali ganda ,pengampunan dosa lampau dan tawaran hebat persijilan Taqwa.Kini, Syawal pula tiba,dan saat itu disambut meriah dengan kegembiraan dan jua kesedihan.
Kegembiraan Syawal bukanlah pada erti pakaian baru.Kegembiraan Syawal bukanlah pada erti kuih yang beraneka rasa dan bentuk ,kegembiraan Syawal bukanlah pada duit raya,kegembiraan Syawal bukanlah pada erti semarak mercun dan bunga api.Tetapi kegembiraan Syawal pada erti kemenangan yang telah diraih pada bulan Ramadhan.Kemenangan melawan nafsu,kemenangan dalam beribadah kepada Sang Pencipta,mendekatkan diri kepada Allah s.w.t. Kemenangan pada erti memerdekakan diri daripada bisikan Syaitan yang direjam.
Syawal kali ini yang jua jatuh pada tika Hari Kemerdekaan negara kita yang ke-54.Kemerdekaan yang diraih setelah bendera Union Jack diturunkan dan bendera Malaysia dinaikkan tepat pada jam 12 tengah malam 31 Ogos 1957.Maka, penyerahan secara rasmi persekutuan Tanah Melayu ketika itu daripada kerajaan British menjadi simbol merdekanya negara kita.Namun begitu , perlu diingat bahawa erti kemerdekaan yang sebenar adalah dengan meletakkan kalimah Allah di tempat tertinggi di dalam siasah atur cara negara kita,menjadikan Islam sebagai cara hidup.Merdekakanlah negara kita daripada segala anasir sekularisme ,merdekakanlah negara kita daripada kapitalisme ,merdekakanlah negara kita daripada segala anasir yang mrosakkan aqidah.
Syawal bukanlah bulan untuk melantak di rumah terbuka semata-mata,marilah kita mengamalkan hadith Rasulullah s.a.w ini ;
“Barangsiapa yang telah berpuasa Ramadhan dan kemudian dia
mengikutkannya dengan puasa enam hari dari bulan Syawwal, maka
dia seperti orang yang berpuasa selama satu tahun.” [Sahih:
Diriwayatkan oleh Muslim dalam Shahihnya, hadits no: 1164 (Kitab alSiyam, Bab disunnatkan berpuasa enam hari dari bulan Syawal)]
Bersempena dengan EidulFitri 1432H , saya dengan ini memohon ampun dan maaf daripada kalian yang mengenali diri yang faqir ini ,maaf zahir dan batin .
Selamat Hari Raya EidulFitri 1432H,
Minal A'idin Wal Faaidzin.

من صام رمضان ثم اتبعه ستا من شوال كان كصيام الدهر

Friday, August 26, 2011
Menangisi murtad dan zakat — Dr. Asri Zainul Abidin
25 OGOS — Minggu lepas saya dan beberapa orang sahabat pergi menemui salah seorang dari 12 individu yang dikaitkan dengan isu murtad baru-baru ini. Dia seorang janda yang mempunyai tiga orang anak. Usianya masih muda. Latar pendidikannya saya rasa “amat sederhana”. Saya tidak pergi untuk mempersalahkannya kerana pergi ke gereja dan terjebak dalam usaha kristianisasi. Saya pergi untuk membolehkan dia merasakan bahawa masih ramai yang ingin mengambil berat tentangnya. Lebih penting lagi, saya pergi untuk mengetahui apakah yang membawa dia sehingga terpaksa meminta simpati dan bantuan hidup dari pihak gereja.SedihSaya sedih mendengar ceritanya. Menurutnya, dirinya seorang janda yang ditinggalkan suami. Terpaksa menanggung hidup tiga orang anak. Dalam kesempitan hidup yang amat, diminta keluar dari rumah sewa dan tenat mencari sesuap nasi untuk diri dan anak-anak dia pergi merintih di pejabat zakat. Dia tidak dilayan. Bahkan pegawai bertugas dengan tegas memberitahunya peruntukan sudah habis. Rayuannya tidak diendahkan.Dia keluar berusaha lagi. Dia berjaya mendapatkan surat sokongan ahli politik. Kembali ke pejabat zakat membawa surat tersebut, terus sahaja dia mendapat peruntukan zakat. Peruntukan yang kononnya sudah habis sebelum itu, kembali ada untuknya. Dengan berbekalkan wang zakat itu dia berusaha survive. Dia juga pergi ke bahagian kebajikan masyarakat, juga tidak dilayan.Dia bekerja untuk meneruskan hidupnya yang sempit. Di tempat kerja, melihatkan keadaannya yang susah dan miskin maka ada rakan sekerja yang beragama kristian mencadangkan untuk dia pergi ke suatu tempat yang mudah dan mesra dalam memberikan bantuan.Di situlah bermula hubungan dia dengan pihak gereja. Apa tidaknya, dia susah, kehidupan terhimpit dan anak-anak yang masih kecil memerlukan makanan dan perlindungan. Pihak gereja membantu keperluan hidupnya. Diberikan wang serta menziarahi keluarganya. Mereka tidak menjadikan dia peminta sedekah, tetapi mereka menggunakan pendekatan “mesra dan saying”. Hatinya terpaut dengan kehalusan budi.Walaupun saki baki akidahnya membantah untuk dia menukar agama, tetapi dia tidak dapat menafikan perasaan sayang dan terhutang budi kepada pihak gereja yang berjasa menyelamatkannya. Bagaimana mungkin untuk dia merasai kehebatan Islam di saat penganut yang seagama dengannya tidak memperdulikannya. Bahkan enggan membantunya.Bagaimana pula dia dapat melihat kesilapan pihak gereja secara lahiriahnya sedangkan ternyata merekalah menolongnya? Orang mungkin berfalsafah dan berceramah secara retorik, namun jiwa insani terpengaruhi dengan apa yang dia rasai. Sakit demam anak-anaknya pihak gereja yang mengambil berat. Makan-minum mereka, pihak gereja yang membiayai. Bahkan keperluan rumah juga diberikan satu persatu.TangkapMenurutnya, dia tidak menukar akidahnya, tetapi dia terus ke gereja membawa anak-anaknya. Anak-anaknya diterapkan ajaran Kristian oleh pihak gereja. Diajar nyanyian keagamaan dan nilai-nilai budi tertentu. Baginya, dilakukan semua itu untuk hidup. Rupanya ramai lagi yang senasib dengannya berada di bawah bantuan pihak gereja.Sebahagian mereka memang menukar agama kerana kecewa dengan sikap masyarakat Islam dan terpengaruh dengan budi pihak gereja. Menurutnya juga, tiada paksaan dari pihak gereja. Cumanya, pendekatan mereka amat mempengaruhi.Akhirnya, apabila pihak berkuasa agama mengetahui dia ke gereja, dia ditangkap untuk kali pertama dan beritanya disiarkan dalam akhbar. Menurutnya, sebaik sahaja ditangkap dan beritanya tersiar di media barulah pejabat zakat tergesa-gesa datang ke rumahnya. Begitu juga pihak kebajikan masyarakat. Dia memberitahu kepada pihak zakat bahawa dia ingin membuka taska. Mereka menyuruh dia mendapatkan rumah yang sesuai dan mereka akan bantu. Dia pun mendapatkan sebuah rumah yang mereka setujui yang agak besar dan sudah pasti sewanya agak tinggi.Malangnya, selepas dia menyewa rumah tersebut, selama tujuh bulan pihak zakat tidak menghulurkan bantuan kepadanya. Terkapai-kapai ketika itu. Pihak gereja jugalah yang datang dan melangsaikan kesempitannya untuk menjelaskan sewa rumah tersebut. Sehinggalah apabila timbul isu, pegawai zakat menghubungi dan meminta agar dia memaklumkan kepada pihak yang bertanya bahawa pegawai zakat memang ada datang.Ya, selepas itu memanglah pihak zakat memberikan satu jumlah bantuan yang agak besar kepadanya dengan “tukaran” yang tidak dapat saya maklumkan di sini. Semasa pihak berkuasa agama membuat penyiasatan ke atas gereja berkenaan, dia berada dalam gereja berkenaan bersama dengan sejumlah orang Islam yang lain yang senasib dengannya.Walaupun, kali kedua media menyiarkan dia termasuk dalam senarai murtad dalam peristiwa itu, hakikatnya dia tidak murtad, cumanya ada di situ bersama dengan mereka yang senasib dengannya. Namun, menurutnya memang ada yang murtad.Alhamdulillah dia masih kekal dengan keislamannya. Semuanya itu kerana desakan hidup. Terus-terang dia sebut “semua untuk wang kerana saya ingin membesarkan anak-anak saya”. Semasa saya menziarahinya — tanpa notis awal — dia baru sahaja selesai menunaikan solat terawih. Menurut dia memang ramai lagi yang terpengaruh dengan usaha kristianisasi yang dilakukan.Mereka yang banyak terlibat terdiri dari kalangan ibu tunggal yang miskin, saudara baru muslim yang tidak dipedulikan, wanita yang mengandung tanpa suami, pesakit AIDS dan juga Muslim dari Sabah dan Sarawak yang dalam kesusahan.Apa yang hendak dipelikkan, begitulah tabiat agama yang merasakan mereka berkhidmat untuk Tuhan. Apa yang hendak pelik jika gereja mengajar ajaran Kristian kerana itu memang kerja gereja. Tak mungkin gereja hendak berdakwah kepada Islam.Namun yang pelik apabila ada negeri yang puluhan individu yang mempunyai Ph.D dan master’s dalam pengajian Islam yang disahkan oleh kerajaan tetapi tidak dibenarkan mengajar Islam di masjid dan menyampaikan Islam kepada orang Islam.Salah Siapa?Jika kita ingin melepaskan diri, mudah sahaja, kita letakkan kesalahan ini kesemua di pihak gereja. Kita tuduh merekalah punca segalanya. Kemudian kita buat demonstrasi, kita bakar semangat orang awam untuk bangun menentang gereja yang melakukan aktiviti bantuan dan “dakwah”. Adapun kita yang tidak membantu dan berdakwah ini, tidak perlulah disalahkan. Begitukah kita? Supaya orang dapat melupakan kesilapan kita, kita letakkan segala dosa ke atas orang lain semata.Cubalah bayangkan jika ada sebuah rumah yang didiami oleh satu keluarga yang besar dan kaya tiba-tiba salah seorang ahli rumah itu lari ke rumah jiran atas atasan tidak diberikan perhatian dan mendapat perlindungan serta makanan. Sementara si jiran sebelah pula menghulurkan bantuan dengan pelbagai tawaran.Apakah suatu penyelesaian yang tuntas dengan hanya kita mencadangkan agar dibakar rumah jiran, atau ditangkap si jiran atau dihukum si jiran kerana mempengaruhi ahli keluarga kita. Dalam masa yang sama kita, kita tidak persoalkan tanggungjawab kekeluargaan yang kita abaikan selama ini.ZakatSaya tidak menafikan usaha-usaha baik pengurusan zakat yang telah pun berjaya dilakukan. Kita tahu, zakat kita banyak. Jika dihimpun seluruh negara, mungkin mencecah lebih satu billion. Itu setiap tahun. Bangunan-bangunan zakat cantik dan indah. Iklan-iklan mengutip zakat juga canggih dan mahal. Gaji-gaji yang terlibat mengurusnya jangan ditanya lagi. Cara membayar zakat juga dipermudahkan dengan pelbagai kaedah dan teknologi. Tiba-tiba si miskin kita terpaksa merintih simpati dari gereja?Sesetengah pegawai zakat bersifat begitu meterialistik. Berwajah manis jika hadir di depannya pembayar zakat, tapi berwajah suram jika yang hadir itu pemohon zakat. Tiada semangat dakwah dan ukhuwwah Islamiyyah. Pemohonan menjadi sulit dan sukar. Apatahlagi jika mak cik tua yang uzur disuruh mengisi borang. Maka, pemohon zakat bagaikan peminta sedekah.Sebab itu barangkali ramai fakir yang tidak sanggup ke pejabat zakat. Jika program “Bersamamu” boleh menemui si fakir saban minggu, kenapa pula pihak zakat gagal mengesan mereka. Jika usaha mengutip zakat begitu hebat, alangkah baik dihebatkan juga usaha mencari mereka yang layak menerima zakat. Mencari orang miskin itu penting, bukan menunggu mereka datang. Bukan semua yang miskin sanggup atau dapat datang kepada pihak zakat.Menurut al-Quran, yang miskin tidak meminta itu lebih patut diutamakan. Firman Allah (maksudnya): “(Pemberian sedekah itu) adalah untuk golongan fakir miskin yang telah menentukan dirinya (dengan menjalankan khidmat atau berjuang) pada jalan Allah (membela Islam), yang tidak berupaya mengembara di muka bumi (untuk berniaga dan sebagainya); orang yang jahil menyangka mereka kaya, kerana mereka menahan diri daripada meminta-minta. Engkau kenal mereka dengan (melihat) tanda-tanda mereka, mereka tidak meminta daripada orang ramai secara mendesak-desak, dan (ketahuilah), apa jua yang kamu belanjakan dari harta yang baik maka sesungguhnya Allah sentiasa mengetahuinya.”( Surah al-Baqarah ayat 273)Berilah zakat kepada mereka, kerana itu memang hak mereka. Jangan jadikan mereka pengemis di pejabat zakat. Berilah dengan kasih dan perancangan agar mereka keluar dari daerah kemiskinan. Kata Saidina ‘Umar r.a.: “Apabila engkau memberi zakat, kayakanlah mereka”. Kata Ibn Hazm (meninggal 456H): “Apa yang kami tahu tiada sahabah yang berbeza dalam hal ini” (Ibn Hazm, Al-Muhalla 4/280, Beirut: Dar al-Kutub al-‘ilmiyyah).Bahkan zakat boleh diberikan kepada bukan muslim yang miskin atas peruntukan fakir dan untuk dakwah atas peruntukan muallaf. Lihatlah perbahasan fekah yang lebih luas. Jika zakat berfungsi, bukan muslim akan tertarik dengan Islam. Jika ia tidak berfungsi, yang sudah Islam pun ingin keluar dari Islam!* Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin adalah ahli akademik dan bekas Mufti Perlis.
Sunday, August 21, 2011
Al-Quds Day : 21st August 1969
Hari Kebangsaan akan berlansung tidak lama lagi. Ramai yang sudah bersiap sedia menyambut tanggap 31 Ogos dengan 1001 perasaan. Bagi golongan senior, hari tersebut menjadi tarikh keramat yang wajib di ingati dan bagi golongan junior , hari tersebut patut di pahatkan di hati mereka dan insaf akan pahit maung perjuangan membebaskan tanah air di tangan penjajah. Namun begitu, ramai yang masih rabun akan tarikh keramat 21 Ogos 1969. Tarikh apakah itu ? Sama2 kita selami ……
Palestina, Al-Quds danMasjid Al-Aqsa berada pada kedudukan dan tempat yang terhormat di hati kaum muslimin seluruh dunia. Islam telah menempatkan dan menambah kemuliaan bagi Al-Quds dan Masjid Al-Aqsa melalui ungkapan ayat-ayat Al-Quran yang menyebutkannya sebagai negeri penuh berkah dan suci.

Kemuliaan dan penghormatan pun semakin bertambah dengan Isra Rasulullah SAW, dimana beliau menjadi imam solat bagi para nabi dan rasul AS di Masjid Al-Aqsa. Hal ini menegaskan bahawa Islam adalah kalimat Allah terakhir bagi manusia sekaligurs menunjukkan bahawa Shibghah (warna) terakhir bagi Al-Aqsadi dalam Syariat Allah adalah Shibghah Islam hingga hari Kiamat, maka jelaslah bahawa Al-Aqsa menjadi milik ummat ini. Semua itu diabadikan dalam puncak kefasihan firman-Nya: Maha suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya dimalam hari dari Masjid Al-Hwram ke Masjid Al-Aqsa yang telah kami berkati?
Marilah bersatu wahai umat Islam, mininumkan perbezaan, maksimumkan persamaan
Dan saat ini, Al-Quds dan Palestina yang diberkahimenjadi tawanan tangan-tangan Yahudi yang membuat luka mendalam di hati setiap Muslim, menyuburkan kerinduan untuk membebaskan Masjid Al-Aqsa dan melakukan solat di dalamnya.
Dari sini, Hari Al-Quds menjadi sangat pentingbagi hati kaum muslimin seluruh dunia. Para mahasiswa Muslim, sebagaimana lazimnya-menjadi pelopor ummat dalam memperingati hari bersejarah ini, sekalugus memelihara permasalahan Palestina agar tetap hidup di hati umat Islam.
Apa dan kapan hari Al-Quds Sedunia itu? Mengapa hari itu diingati?
Pada tanggal 21 Agustus 1969, seorang berkebangsaan Australia yang bernama Dennis Michael melakukan pembakaran terhadap Masjid Al-Aqsa . Api menyala besar dan membakar barang-barang di Masjid, tembok dan mimbarnya yang besar: mimbar Solahuddin. Mimbar ini dulu digunakan ole4h Solahhuddin u tuk Khutbah Jumaat setelah pembebasan Al-Qds dari tentera Salib. Meskipun api tidak bergerak sedikitpun untuk memadamkannya dengan harapan agar api membakar masjid secara keseluruhan. Akan tetapi Allah menyelamatkan Masjid Al-Aqsa dan melindunginya, api dapat dipadamkan.
Perpecahan umat Islam kini menyebabkan empayar Islam lemah dan mudah di bantai
Setelah itu orang-orang Yahudi membuat pengadilan pura-pura terhadap Dennis Michael. Ia mengungkapkan bahawa ia diutus Allah untuk melakukan pembakaran itusesuai dengan berita dari Kitab Zakaria. Kemudian Yahudi membebaskannya kerana orang ini ?gila? sehingga ia tidak dapat mempertanggungjawabkannya.
Negeri-negeri Muslim seluruh dunia bangkit mempertahankan tempat suci mereka,dan mengecam perbuatan keji terhadap Al-Aqsa, maka sejak itu tanggal 21 Agustus setiap tahun menjadi Hari Al-Quds sedunia.
Gerakan Mahasiswa dan Hari Al-Quds sedunia
Hari Al-Quds sedunia memiliki tempat khusus bagi gerakan mahasiswa di seluruh dunia dan aktivis amal thullabi harus memperingati hari bersejarah ini dengan membuat langkah ?langkah dan program yang baik guna mengambil manfaatnya. Nilai-nilai penting yang harus dimuculkan pada momentum ini adalah;
1. Mengokohkan pentingnya masalah Palestina, Al-Quds , dan Al-Aqsa serta menghidupkannya dalam jiwa kaum muslimin.
2. Melawan setiap serangan musuh terhadap Palestina dan usaha-usaha untuk merubah hakikat permasalahnnya.
3. menyingkap peran baratdan Zionis internasional dalam merampas tanah Palestina dan mendirikan Negara Israel di jantung dunia Islam , melindungi dan membelanya.
4. membantu rakyat Palestin yang sedang berjihad baik moril maupun materil.
5. mengokohkan ikatan dankesatuan kaum muslimin serta internasionalisme amal thullabi.
6. mengokohkan peran kepeloporan amal thullabi dalam mengupayakan solusi prooblematika ummat di mana pun berada.

Saranan memperingati Hari Al-Quds Sedunia
Amal thullabi harus berupaya membuat beragam kegiatan dalam bidang yang berbeda untuk merespon keinginan para mahasiswa yang berbeda mulai dari tsaqofah , olahraga , sosial , kesenian , politik dll.
Demikian pula , dalam memperingati Hari Al-Quds sedunia , aktivis amal thullabi harus kreatif da inovatif membuat sarana ?sarana baru setiap tahun agar tidak menimbulkan rasa jemu dan bosan. Diantara sarana yang mungkindigunakan;
Sumber : http://palestinkini.info/?p=655Saturday, August 20, 2011
Kuasa Dinar
Bismillahwalhamdulillah,
Tak sampai 2 bulan dah naik RM134 untuk satu dinar.fuhh..!
Harga hari ini RM850,alhamdulillah.Bukan persoalan emas naik,tapi persoalan cepatnya matawang ringgit jatuh.Selain daripada krisis Amerika , percetakan duit kertas yang banyak melebihi had yang sepatutnya daripada Bank Negara menyebabkan harganya susut.
Hari ini ramai yang bercakap mengenai harga barangan naik.Betulkah harga barangan harian akan sentiasa naik??jawapannya salah.Sebenarnya nilai barangan tetap sama,tetapi disebabkan susutnya matawang ringgit seolah-olah kita menuding jari pada barang harian yang semakin hari semakin naik.Hakikatnya , harga barang tidak selalu naik.Hari ini , harga minyak dunia turun ke paras AS$84 setong daripada AS$100.Adakah harga minyak akan turun di Malaysia pada masa terdekat?Mungkin....Tapi dilihat dengan pengumuman kerajaan berkenaan permberian bonus menidakkan pengumuman penurunan harga minyak dalam masa terdekat..Ah,itu soal lain.aku hanya mahu menunjukkan fakta nilai harga barangan sentiasa naik adalah salah.Hanya kita di Malaysia sahaja dimomok-momokkan dengan berita harga barangan naik,hakikatnya nilai matawang kita yang susut akibat percetakan wang kertas yang banyak.
Usaha Kelatan Trade Centre dalam menjadikan dinar dan dirham sebagai matawang sepatutnya disokong kerana nilainya sangat stabil dan sentiasa meningkat.Sekarang hampir 200,000 kedai di seluruh Malaysia menerima dinar dan dirham Kelantan sebagai tukaran.Sekiranya negara-negara Islam berpakat menukar matawang kepada dinar,apa yang akan terjadi kepada ekonomi amerika ?Hari ini sudah ramai mempertikai sistem kapatalisme yang diguna pakai disana yang menyaksikan ekonominya merudum.
Nilai wang kertas ringgit akan terus jatuh dan jatuh tambah lagi dengan keadaan politik negara yang mengancam keselamatan pemerintah.Sekiranya pilihan raya umum diadakan dalam masa terdekat ,maka banyak lagilah wang akan dicetak untuk ditabur kepada rakyat dan percayalah harga barangan akan sekali dituduh naik mendadak.Dan ketika itu,nilai wang kertas ringgit akan terus susut nilainya.Tukarkan wang kertas anda kepada Dinar pada hari ini untuk kelestarian masa hadapan.Dinar emas untuk Mahar kahwin? Itu yang terbaik untuk orang yang tersayang!
Jom join program Dinihari Dinar di Bangunan Bakti Siti Hasmah di Taman Tun Dr.Ismail hari ini,bermula jam 9pagi -1 tgh hari.Walaupun aku tidak berkesempatan untuk menghadirinya hari ini,aku seru rakan-rakan blogger untuk sama-sama memeriahkan majlis ilmu ini menambah pengetahuan tentang ekonomi yang akan dikupas oleh Prof Dr Umar Ibrahim Vadillo.
Tak rugi untuk menghadirinya.Dapatkan input-input berkenaan dinar sebaiknya.

Subscribe to:
Posts (Atom)