Tuesday, December 7, 2010

1432H tiba

Bismillahwalhamdulillah,



Masa berlalu pantas,kini tiba pula tahun baru.Maka,buku perancangan tahun lepas ditutup,buku baru pula dibuka.Alhamdulillah,setelah mengira dan menghitung kembali,6 daripada 9 perkara yang ingin dicapai sepanjang tahun lepas tercapai,saya sekadar merancang Dia menentukan,Alhamdulillah.Sekurang-kurangnya saya telah merasakan kehadiran perubahan itu,alhamdulillah.

Bagaimana pula untuk tahun ini..?

Tahun ini perjalanan makin mencabar,moga cabaran itu menjadi satu keseronokan yang mencorak hidupku.Menginjak had umur melebihi 1/3 usia,maka saya perlu mencatur kehidupan dengan lebih berhati-hati dan lebih fokus.Menyelesaikan asas-asas dalam masa terdekat menjadi keutamaan sebelum fasa kehidupan seterusnya.Maka, 3 fokus utama menjadi pengamatan untuk saya selesaikan untuk setengah tahun yang pertama.Salah satunya pengukuhan kewangan.Tiba masa untuk menabung dengan lebih advance untuk kegunaan mendatang.


Bicara tentang awal tahun tidak dapat lari daripada topik Hijrah.Mana taknya,tahun hijri dikira bermula daripada peristiwa hijrah.Kini 1432 tahun peristiwa itu telah berlalu.Hijrah Nabi selalu kita ungkapi,tetapi susah untuk diaplikasi dan teladani.Sepatutnya sirah itu bukan sekadar hafalan tetapi menjadi pergerakan atau perbuatan.Renung-renungkan.


SELAMAT TAHUN BARU 1432H
BUAT SEMUA SAHABAT-SAHABAT
UMMAT ISLAM SEANTERO DUNIA

Friday, December 3, 2010

Jaulah 1 ( Kedah )

Bismillahwalhamdulillah,

Cuti semester,aku ke Kedah.Memenuhi jemputan sahabatku untuk sama-sama berbakti mencurahkan khidmat tenaga dan idea untuk 2 kem,Kem Bina Insan dan Kem Kepimpinan SMKA Baling.

Kem Bina Insan,diadakan di Yayasan Khairiah.Kem anjuran kerajaan negeri Kedah. Untuk pengetahuan,kerajaan negeri Kedah menganjurkan 3 jenis kem iaitu, Kem anak Soleh untuk pelajar berusia 9-12tahun, Kem Bina Insan untuk pelajar berusia 13-15 tahun dan Kem Bina Sahsiah untuk remaja berusia 16-17tahun. Kem Bina Insan berobjektif membina jati diri remaja supaya mereka seimbang mental dan fizikal,melahirkan remaja yang mempunyai daya tahan yang tinggi melawan arus godaan dunia yang semakin hebat tika ini. Membicarakan soal pembinaan tamadun bermula dengan mengukuhkan asas agama dalam diri peserta,elemen solat dan wudhuk ditekankan secara teori dan praktikal. Jangan terkejut jika ramai peserta tidak menunaikan solat 5 waktu secara total ,ada yang tidak pandai membaca al-fatihah,malah ada yang tak tahu bacaan tahiyat akhir. Hasilnya,kem selama 4 hari ini menampung lubang-lubang itu. Peserta terdiri daripada remaja berumur 13-15 tahun seramai 163 orang, fasilitator seramai 14orang lelaki dan 13 orang perempuan. Kem ini hebat.Tertarik dengan kata-kata YB exco yang datang merasmikan majlis penutup kem ini,

"zaman sekarang pendidikan kem merupakan salah satu pendidikan yang wajib diberikan kepada anak-anak selepas pendidikan daripada ibubapa dan sekolah sebagai memenuhi tuntutan hidup yang bergelora pada zaman ini.Pembangunan insan lebih penting daripada pembangunan lahiriah,maka tiada guna membina pencakar langit tetapi anak mudanya bergelumang dengan najis dadah,zina berleluasa,buang anak hiasi dada akhbar setiap hari..."







Usai kem pertama pada 25 November 2010, kem kedua pula aku hadapi.Kem Kepimpinan SMKA Baling.Kali ini ditugaskan sebagai jurulatih utama bersama-sama Faiz,Taufiq,Izzaz,Atikah dan Adilah.Segala bentuk modul dan perjalanan kem diserahkan kepada kami.Habis je KBI,kami terus "brainstorm" modul-modul dan pembawakan yang ingin dibawa dalam kem ini.Dengan bantuan senior,Taufiq Iqbal dan pakar modul,Taufiq Redzuan serta kolam air panas Baling,maka modul-modul siap dirangka.



26 November 2010,Kem bermula,bertempat di Kem PLKN Sg.Limau,Baling.Mereka hebat,namun kehebatan mereka belum diserlahkan masih tersembunyi di dalam diri mereka.Tugas kami ialah mengejutkan POTENSI yang sedang enak tidur di dalam diri.Menyedarkan mereka bahawa pentingnya hidup berpandu dan terpandu dengan matlamat yang jelas,menyedarkan bahawa mereka sedang memikul satu amanah yang berat.Alhamdulillah,segala perancangan yang diatur berjalan lancar merangkumi perjalanan program,slot-slot LDK,dan slot muhasabah.






SOLUSI=FOKUS+ OUT OF THE BOX + KERJA KERAS + TAWAKKAL

Inilah formula terhasil setelah 3 hari 2 malam kami mendera mereka.Formula terhasil daripada kesimpulan -kesimpulan berdasarkan ldk-ldk yang dijalankan.

Alhamdulillah,banyak ilmu baru kupelajari sepanjang dua kem berlangsung.Terima kasih semua!