Friday, October 29, 2010

TV AL HIJRAH vs MALAYSIA HAB HIBURAN

Bismillahwalhamdulillah,





TV ALHIJRAH...Bakal menemui kita bermula 1 november 2010.Manakala siaran penuh akan bermula 1 Disember nanti.Kerajaan labur 60juta untuk penubuhan TVAH ini.Tahniah,Dato' Jamil..!Satu usaha yang bagus,tapi harapnyalah kerajaan batalkan hasrat nak jadikan Malaysia hab hiburan tu..huhu...Pelik bilamana satu ketika menyeru agar rakyat Malaysia memilih hiburan yang baik kononnya nak hindar gejala sosial,bendung anak luar nikah tapi kemudiannya mencanangkan idea Malaysia sebagai hab hiburan..hasudoh,hok mano so demo nok nih?

p/s : tunggu,lihat dan analisa seterusnya pangkah...wallahua'alam  =)

Thursday, October 28, 2010

Final Exam

Bismillahwalhamdulillah,

Semester ni rasa begitu pantas masa berlalu.Kini tiba masa untuk peperiksaan akhir bermula.Siapa kata CGPA tak penting?Ingat,dunia sekarang memandang CGPA,maka persiapkan diri anda dengan "senjata" (CGPA yang tinggi ) supaya tiada penghalang antara anda dengan lapangan dakwah anda.Bimbang kiranya cakap-cakap kurang elok dan fitnah diukur pada batang tubuh anda!


Salam perjuangan buat seluruh mahasiswa UIAM..!Moga kejayaan milik kita semua!

Tuesday, October 26, 2010

Laut dan Langit

Bismillahwalhamdulillah,


Laut dan Langit...Tenang...Subhanallah sungguh cantik ciptaan Tuhan.Terima kasih kerana membenarkan mata aku menyaksikan indahnya ciptaanMu,membenarkan otak aku mentafsirkan keindahan itu,terima kasih juga kerana masih meletakkan hidayahMu ke dalam hatiku.Moga aku terus terpandu dengan keimanan.

Hujung minggu yang lalu,aku ke Port Dickson,kira-kira 110 kilometer daripada bumi UIAM.Aku ke sana di atas jemputan Tuan Amin Idris sebagai fasilitator,membantunya mengendalikan program kepimpinan.Sampai di sana,aku dimaklumkan bahawa pesertanya merupakan international students daripada UIAM sendiri.Hasudoh,"knaling" aku dibuatnya.




Program Future Leaders of the Ummah Forum (FLUF) 2010 yang dianjur International Institute for Muslim Unity (IIMU) ini sangat menarik.3 hari 2 malam di NUBE Resort.Peserta terdiri daripada 29 orang pelajar dari beberapa buah negara Brunei,Indonesia,Albania,Palestin,Ghana,Mesir,Croatia dan lain-lain lagi.Menjadi fasilitator untuk international students yang lebih senior,satu pengalaman baru yang bermakna.Banyak ilmu,insyaAllah akan ku kongsi di entry mendatang.Terima kasih abang Amin.Banyak aku pelajari,ternyata laut dan langit itu kedua-duanya luas,akan kuterokainya InsyaALLAH!

Wednesday, October 20, 2010

Teguran Untuk Membina

Bismillahwalhamdulillah,

Usai solat,kami duduk berdiskusi menanti waktu cerah tiba.Diskusi tentang akhlak.Lebih spesifik akhlak dengan sahabat.Antaranya juga tuntutan dalam bersahabat.Mengenai konsep tegur kesalahan.Senang tapi payah,kecil tapi besar.Itulah TEGURAN.Tegur asas dakwah.Tegur asasnya ialah mahabbah.Tegur kerana mahabbah,bukan tegur kerana mahu menunjukkan kita hebat tapi tegur untuk sama-sama membetulkan keadaan yang salah.Menjernihkan yang keruh bukan mengeruhkan yang jernih.Terlalu banyak dalil mengenai konsep menegur atau menasihati di dalam Kitab ALLAH jua daripada hadith nabi menunjukkan tegur itu penting.Menunjukkan pentingnya hidup dalam suasana yang selesa menegur dan ditegur.Tujuannya satu.Agar sama-sama membetulkan diri untuk menggapai redhaNya.
Begitu indah Islam.Allahuakbar!


Namun,secara sedar atau pun tidak.Mungkin kita telah merosakkan kecantikan Islam itu sendiri.Tegur itu penting tapi cara menegur itu jauh lebih penting.Kadang-kadang teguran kita terhadap kesalahan orang lain terlalu keras,kadang-kadang teguran kita terlalu pedas,kadang-kadang teguran kita bersifat meroboh dan bukannya membina.


Di mana kebijaksanaan dalam menegur itu pergi?Di dalam konsep "bilhikmah"?Adakah tegur untuk menjatuhkan sahabat?Adakah tegur kerana nafsu?Adakah kita tegur kerana merasakan diri kita yang paling mulia disisi Allah?

Tegurlah dengan keikhlasan,tegurlah dengan mahabbah,tegurlah untuk muhasabah,tegurlah untuk pengajaran.Pandanglah orang yang ditegur itu dengan pandangan mulia bukan menghina,tegurlah bukan untuk meroboh tapi TEGURAN UNTUK MEMBINA!


Fikir dan renungkan...


Wednesday, October 13, 2010

Adam Lambert ke Malaysia!

Bismillahwalhamdulillah,


Tahniah kepada kerajaan Malaysia meluluskan konsert penyanyi gay terkenal Adam Lambert ,14 Oktober 2010 di Stadium Bukit Jalil.Inilah cara sebuah pemerintah yang mengaku memperjuangkan agama dan bangsa , mentarbiyyah dan mencorak rakyatnya yang seterusnya membentuk mentaliti dan cara hidup yang "baik".Perlu diingat,hiburan merupakan cara pendoktrinan halus pemikiran , persepsi dan tabiat hidup seterusnya menentukan hala tuju sesuatu komuniti.














Keduanya ,mungkin ada yang merasakan kedatangan ikon gay  ini merupakan satu isu kecil yang tidak perlu dibesarkan namun percayalah ianya merupakan pintu masuk kepada golongan ini untuk terus berkembang,seolah-olah merupakan satu bentuk galakan dan pencetus semangat kepada mereka untuk terus subur di Malaysia.


Selain itu , apa faedahnya membawanya ke Malaysia?apakah tiada orang lain diluar sana yang boleh menghiburkan rakyat Malaysia? Hiburan sekadar hiburan yang melalaikan anak bangsa tidak lagi sesuai di bumi ini memandangkan masalah sosial pada hari ini sudah sangat-sangat cukup memeningkan kepala . Apakah mungkin pihak pemerintah memikirkan dengan dengan membawa ikon gay dapat menyelesaikan masalah seks bebas dan pembuangan bayi yang berleluasa sekarang?


Akhirnya ,sekiranya Persatuan Peguam Muslim Malaysia (PPMM) mendakwa bahawa konsert anjuran Marctensia Entertainment dan syarikat rakaman Sony Music ini salah di sisi perlembagaan dan rukun negara Malaysia,mengapa perlu diteruskan lagi?


Ayuh kerajaan Malaysia,haramkan konsert ini!!

Monday, October 11, 2010

Blog lama disabotaj,tumbuh pula wadah baru

Bismillahwalhamdulillah,

Assalamualaikum kepada semua,

Setelah lama bercuti daripada alam maya,hilang tanpa khabar berita sehingga pertanyaan demi pertanyaan muncul dalam kalangan sahabat-sahabat,ke mana blog ku menghilang,aku kini kembali dengan blog yang baru setelah blog lama telah disabotaj dan dipadam.Namun itu bukan penyebab untuk aku berdiam diri menghentikan langkahanku dalam mencoreng idea-idea berkongsi maklumat dan pandanganku  dengan rakyat alam maya sekalian.Dengan itu lahirlah blog ini sebagai penerus kepada blog lama yang telah mati disembelih , setelah ianya lebih kurang 3 tahun lebih berjasa kepadaku.Moga dengan kelahiran blog ini memberi manfaat kepada pembaca-pembaca dan aku tidak sesekali gentar untuk terus menulis idea dan pandanganku berdasarkan prinsip kebebasan bersuara yang diamalkan di Malaysia.

Wallahu a'lam