Bismillahwalhamdulillah,
Tahniah kepada kerajaan Malaysia meluluskan konsert penyanyi gay terkenal Adam Lambert ,14 Oktober 2010 di Stadium Bukit Jalil.Inilah cara sebuah pemerintah yang mengaku memperjuangkan agama dan bangsa , mentarbiyyah dan mencorak rakyatnya yang seterusnya membentuk mentaliti dan cara hidup yang "baik".Perlu diingat,hiburan merupakan cara pendoktrinan halus pemikiran , persepsi dan tabiat hidup seterusnya menentukan hala tuju sesuatu komuniti.
Keduanya ,mungkin ada yang merasakan kedatangan ikon gay ini merupakan satu isu kecil yang tidak perlu dibesarkan namun percayalah ianya merupakan pintu masuk kepada golongan ini untuk terus berkembang,seolah-olah merupakan satu bentuk galakan dan pencetus semangat kepada mereka untuk terus subur di Malaysia.
Selain itu , apa faedahnya membawanya ke Malaysia?apakah tiada orang lain diluar sana yang boleh menghiburkan rakyat Malaysia? Hiburan sekadar hiburan yang melalaikan anak bangsa tidak lagi sesuai di bumi ini memandangkan masalah sosial pada hari ini sudah sangat-sangat cukup memeningkan kepala . Apakah mungkin pihak pemerintah memikirkan dengan dengan membawa ikon gay dapat menyelesaikan masalah seks bebas dan pembuangan bayi yang berleluasa sekarang?
Akhirnya ,sekiranya Persatuan Peguam Muslim Malaysia (PPMM) mendakwa bahawa konsert anjuran Marctensia Entertainment dan syarikat rakaman Sony Music ini salah di sisi perlembagaan dan rukun negara Malaysia,mengapa perlu diteruskan lagi?
Ayuh kerajaan Malaysia,haramkan konsert ini!!
memetik kata-kata ahmad fedtri yahaya (tv3) pada karya ustz hasrizal, rasanya kena dgn entri nie.
ReplyDelete"tepat mengena sasaran, ringkas tapi mantap, pedas tapi jujur, panas tapi ikhlas, berapi tapi beralas.."
ish,belum sampai tahap tu lagi...masih belajar
ReplyDeletebtl2..sokong sgt..Smuga Allah mnyelamatkn kepimpinan n pimpinan kt bumi malaysia ni..sakit dgn sume gejala ni!
ReplyDelete