Monday, September 5, 2011

Semester Baru Semester 1 2011/2012

Bismillahwalhamdulillah,


Cuti semester akan tamat minggu depan , maka semester baru semester 1 2011/2012 akan menemui kita semua bermula Isnin depan , 12 September 2011 .Bagi mereka yang mengambil semester pendek mungkin tidak merasai cuti yang terlalu lama sepertimana mereka yang bercuti 5 bulan di rumah .Cuti yang lama setelah keputusan kerajaan melalui Kementerian Pelajaran Tinggi Malaysia untuk menyelaraskan waktu cuti semester di universiti-universiti di Malaysia dengan Eropah dan negara-negara lain.Sebabnya,menarik lebih ramai pelajar asing ke Malaysia dan menggalakkan pensyarah-pensyarah menghasilkan lebih banyak kajian sewaktu cuti. 



Kehadiran semester baru perlu diiringi dengan semangat baru menuntut ilmu .Azam baru untuk kejayaan yang lebih dalam setiap subjek yang diambil dan setiap bidang yang diceburi.Sasarkan misi anda untuk semester baru ini agar hidup kita akan lebih terpandu.

Nasihat saya untuk diri saya sendiri yang mungkin saudara/saudari turut sama perlukannya -

  • Ikhlaskan niat dalam menuntut ilmu,jangan kedekut ilmu dan bersungguh-sungguh dalam jalannya
  • Jalankan amanah sebagai pelajar ,anak,daei dan perwakilan pelajar sebaiknya
  • Hargai masa,imbangkan sebaiknya
Semester ini bakal menjadi semester yang sangat mencabar.Ya Allah permudahkanlah urusanku,mudahkanlah untuk ilmuMu menerangiku.