Friday, March 16, 2012

Manusia Hari ini

Hari ini manusia sudah tidak mengira dosa dan pahala, halal dan haram.Akibatnya kita jauh daripada Allah.jauh dari rahmat Allah.Manusia hari ini tidak ada ketenangan dalam hati,keluh kesah tidak tahu jalan keluar. Ingatlah firman Allah "Sesiapa yang bertaqwa kepada Allah nescaya Aku beri kepadanya jalan keluar".Letakkan Allah dalam hati kita nescaya kamu akan rasa ketenangan dan kebahgiaan yg selama ini hilang dari diri kamu. Tanda seseorg itu jauh daripada Allah adalah :
1- Hatinya tidak ada ketenangan,
2- Pekerjaannya serba tidak menjadi,
3- Masalah tidak habis2, silih berganti.
4- Sentiasa sibuk sehingga tidak ada masa utk beribadat.
5- Rezeki yang ada walaupun banyak tidak mencukupi ( tidak berkat )
6- Belajar ilmu dirasakan tidak penting
7- Ibadat dirasakan amat berat untuk dikerjakan.

Perbaikilah diri kita nescaya Allah akan menolongmu.Ingatlah firman Allah " Wahai orang2 yang beriman bertaqwalah kpd Allah dan berkatalah yang benar, nescaya Allah akan memperbaiki perbuatanmu serta mengampuni dosa2mu. Barangsiapa taat pada Allah dan Rasul-Nya maka sesungguhnya dia akan berbahagia dengan kebahagiaan yang Agung". ( Al Ahzab 70-71 ).

Via : Ustaz Mustaffa Kamal ,Terengganu

Friday, March 9, 2012

Amanah itu berat

Bismillah walhamdulillah.


(1)"Sesungguhnya kami telah kemukakan tanggungjawab amanah (kami) kepada langit dan bumi serta gunung-ganang (untuk memikulnya), maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya (kerana tidak ada pada mereka persediaan untuk memikulnya); dan (pada ketika itu) manusia (dengan persediaan yang ada padanya) sanggup memikulnya. (Ingatlah) sesunguhnya tabiat kebaikan manusia adalah suka melakukan kezaliman dan suka pula membuat perkara-perkara yang tidak patut dikerjakan " (Surah Al-Ahzab ayat 72)


(2)Firman Allah dalam surah Al-Ahzab ini jelas menunjukkan bahawa amanah itu berat dan dibebankan itu adalah bagi mereka yang mempunyai dua ciri iaitu "Al-Qawiyy" dan "Al-Amin" .Mereka yang mampu dan beramanah .Imam Ghazali bertanya kepada anak muridnya , "apakah benda yang paling berat?", lantas perlbagai jawapan yang keluar daripada mulut anak muridnya termasuk gajah dan besi ,"semuanya betul tapi benda yang paling berat ialah melaksanakan amanah".

(3)Setahun sebagai mainboard SRC ,sangat banyak pengalaman dikecapi .Terasa berdosa apabila amanah yang diberikan tidak dapat disempurnakan dengan baik.Sebagai wakil kepada mahasiswa ,terlalu banyak perkara yang perlu dilakukan.Bekerja mengikut awlawiyyatnya.Meeting dengan admin ,manifesto ,meeting program ,kerja-kerja setiausaha dan jua amanah jamaah termasuk usrah membuatkan diri yang hina perlu men 'aulakan sesetangah perkara.Tidak dapat buat semua jangan tinggal semua.

(4)Saya dengan ini memohon maaf secara terbuka atas hak mahasiswa yang tidak tertunai.



(5)Saya mendoakan SRC akan datang berjaya memacu suara mahasiswa dan sama-samalah kita support mereka.Bagi yang nak bertanding ,perlu fikir sebaiknya kerana amanah itu berat.