Wednesday, October 20, 2010

Teguran Untuk Membina

Bismillahwalhamdulillah,

Usai solat,kami duduk berdiskusi menanti waktu cerah tiba.Diskusi tentang akhlak.Lebih spesifik akhlak dengan sahabat.Antaranya juga tuntutan dalam bersahabat.Mengenai konsep tegur kesalahan.Senang tapi payah,kecil tapi besar.Itulah TEGURAN.Tegur asas dakwah.Tegur asasnya ialah mahabbah.Tegur kerana mahabbah,bukan tegur kerana mahu menunjukkan kita hebat tapi tegur untuk sama-sama membetulkan keadaan yang salah.Menjernihkan yang keruh bukan mengeruhkan yang jernih.Terlalu banyak dalil mengenai konsep menegur atau menasihati di dalam Kitab ALLAH jua daripada hadith nabi menunjukkan tegur itu penting.Menunjukkan pentingnya hidup dalam suasana yang selesa menegur dan ditegur.Tujuannya satu.Agar sama-sama membetulkan diri untuk menggapai redhaNya.
Begitu indah Islam.Allahuakbar!


Namun,secara sedar atau pun tidak.Mungkin kita telah merosakkan kecantikan Islam itu sendiri.Tegur itu penting tapi cara menegur itu jauh lebih penting.Kadang-kadang teguran kita terhadap kesalahan orang lain terlalu keras,kadang-kadang teguran kita terlalu pedas,kadang-kadang teguran kita bersifat meroboh dan bukannya membina.


Di mana kebijaksanaan dalam menegur itu pergi?Di dalam konsep "bilhikmah"?Adakah tegur untuk menjatuhkan sahabat?Adakah tegur kerana nafsu?Adakah kita tegur kerana merasakan diri kita yang paling mulia disisi Allah?

Tegurlah dengan keikhlasan,tegurlah dengan mahabbah,tegurlah untuk muhasabah,tegurlah untuk pengajaran.Pandanglah orang yang ditegur itu dengan pandangan mulia bukan menghina,tegurlah bukan untuk meroboh tapi TEGURAN UNTUK MEMBINA!


Fikir dan renungkan...


No comments:

Post a Comment