Sunday, August 21, 2011

Al-Quds Day : 21st August 1969


Hari Kebangsaan akan berlansung tidak lama lagi. Ramai yang sudah bersiap sedia menyambut tanggap 31 Ogos dengan 1001 perasaan. Bagi golongan senior, hari tersebut menjadi tarikh keramat yang wajib di ingati dan bagi golongan junior , hari tersebut patut di pahatkan di hati mereka dan insaf akan pahit maung perjuangan membebaskan tanah air di tangan penjajah. Namun begitu, ramai yang masih rabun akan tarikh keramat 21 Ogos 1969. Tarikh apakah itu ? Sama2 kita selami ……

Palestina, Al-Quds danMasjid Al-Aqsa berada pada kedudukan dan tempat yang terhormat di hati kaum muslimin seluruh dunia. Islam telah menempatkan dan menambah kemuliaan bagi Al-Quds dan Masjid Al-Aqsa melalui ungkapan ayat-ayat Al-Quran yang menyebutkannya sebagai negeri penuh berkah dan suci.
Kemuliaan dan penghormatan pun semakin bertambah dengan Isra Rasulullah SAW, dimana beliau menjadi imam solat bagi para nabi dan rasul AS di Masjid Al-Aqsa. Hal ini menegaskan bahawa Islam adalah kalimat Allah terakhir bagi manusia sekaligurs menunjukkan bahawa Shibghah (warna) terakhir bagi Al-Aqsadi dalam Syariat Allah adalah Shibghah Islam hingga hari Kiamat, maka jelaslah bahawa Al-Aqsa menjadi milik ummat ini. Semua itu diabadikan dalam puncak kefasihan firman-Nya: Maha suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya dimalam hari dari Masjid Al-Hwram ke Masjid Al-Aqsa yang telah kami berkati?
Marilah bersatu wahai umat Islam, mininumkan perbezaan, maksimumkan persamaan

Dan saat ini, Al-Quds dan Palestina yang diberkahimenjadi tawanan tangan-tangan Yahudi yang membuat luka mendalam di hati setiap Muslim, menyuburkan kerinduan untuk membebaskan Masjid Al-Aqsa dan melakukan solat di dalamnya.
Dari sini, Hari Al-Quds menjadi sangat pentingbagi hati kaum muslimin seluruh dunia. Para mahasiswa Muslim, sebagaimana lazimnya-menjadi pelopor ummat dalam memperingati hari bersejarah ini, sekalugus memelihara permasalahan Palestina agar tetap hidup di hati umat Islam.
Apa dan kapan hari Al-Quds Sedunia itu? Mengapa hari itu diingati?
Pada tanggal 21 Agustus 1969, seorang berkebangsaan Australia yang bernama Dennis Michael melakukan pembakaran terhadap Masjid Al-Aqsa . Api menyala besar dan membakar barang-barang di Masjid, tembok dan mimbarnya yang besar: mimbar Solahuddin. Mimbar ini dulu digunakan ole4h Solahhuddin u tuk Khutbah Jumaat setelah pembebasan Al-Qds dari tentera Salib. Meskipun api tidak bergerak sedikitpun untuk memadamkannya dengan harapan agar api membakar masjid secara keseluruhan. Akan tetapi Allah menyelamatkan Masjid Al-Aqsa dan melindunginya, api dapat dipadamkan.
Perpecahan umat Islam kini menyebabkan empayar Islam lemah dan mudah di bantai

Setelah itu orang-orang Yahudi membuat pengadilan pura-pura terhadap Dennis Michael. Ia mengungkapkan bahawa ia diutus Allah untuk melakukan pembakaran itusesuai dengan berita dari Kitab Zakaria. Kemudian Yahudi membebaskannya kerana orang ini ?gila? sehingga ia tidak dapat mempertanggungjawabkannya.
Negeri-negeri Muslim seluruh dunia bangkit mempertahankan tempat suci mereka,dan mengecam perbuatan keji terhadap Al-Aqsa, maka sejak itu tanggal 21 Agustus setiap tahun menjadi Hari Al-Quds sedunia.
Gerakan Mahasiswa dan Hari Al-Quds sedunia
Hari Al-Quds sedunia memiliki tempat khusus bagi gerakan mahasiswa di seluruh dunia dan aktivis amal thullabi harus memperingati hari bersejarah ini dengan membuat langkah ?langkah dan program yang baik guna mengambil manfaatnya. Nilai-nilai penting yang harus dimuculkan pada momentum ini adalah;
1. Mengokohkan pentingnya masalah Palestina, Al-Quds , dan Al-Aqsa serta menghidupkannya dalam jiwa kaum muslimin.
2. Melawan setiap serangan musuh terhadap Palestina dan usaha-usaha untuk merubah hakikat permasalahnnya.
3. menyingkap peran baratdan Zionis internasional dalam merampas tanah Palestina dan mendirikan Negara Israel di jantung dunia Islam , melindungi dan membelanya.
4. membantu rakyat Palestin yang sedang berjihad baik moril maupun materil.
5. mengokohkan ikatan dankesatuan kaum muslimin serta internasionalisme amal thullabi.
6. mengokohkan peran kepeloporan amal thullabi dalam mengupayakan solusi prooblematika ummat di mana pun berada.
Saranan memperingati Hari Al-Quds Sedunia
Amal thullabi harus berupaya membuat beragam kegiatan dalam bidang yang berbeda untuk merespon keinginan para mahasiswa yang berbeda mulai dari tsaqofah , olahraga , sosial , kesenian , politik dll.
Demikian pula , dalam memperingati Hari Al-Quds sedunia , aktivis amal thullabi harus kreatif da inovatif membuat sarana ?sarana baru setiap tahun agar tidak menimbulkan rasa jemu dan bosan. Diantara sarana yang mungkindigunakan;
Sumber : http://palestinkini.info/?p=655

Saturday, August 20, 2011

Kuasa Dinar

Bismillahwalhamdulillah,

Tak sampai 2 bulan dah naik RM134 untuk satu dinar.fuhh..!
Harga hari ini RM850,alhamdulillah.Bukan persoalan emas naik,tapi persoalan cepatnya matawang ringgit jatuh.Selain daripada krisis Amerika , percetakan duit kertas yang banyak melebihi had yang sepatutnya daripada Bank Negara menyebabkan harganya susut.


Hari ini ramai yang bercakap mengenai harga barangan naik.Betulkah harga barangan harian akan sentiasa naik??jawapannya salah.Sebenarnya nilai barangan tetap sama,tetapi disebabkan susutnya matawang ringgit seolah-olah kita menuding jari pada barang harian yang semakin hari semakin naik.Hakikatnya , harga barang tidak selalu naik.Hari ini , harga minyak dunia turun ke paras AS$84 setong daripada AS$100.Adakah harga minyak akan turun di Malaysia pada masa terdekat?Mungkin....Tapi dilihat dengan pengumuman kerajaan berkenaan permberian bonus menidakkan pengumuman penurunan harga minyak dalam masa terdekat..Ah,itu soal lain.aku hanya mahu menunjukkan fakta nilai harga barangan sentiasa naik adalah salah.Hanya kita di Malaysia sahaja dimomok-momokkan dengan berita harga barangan naik,hakikatnya nilai matawang kita yang susut akibat percetakan wang kertas yang banyak.

Usaha Kelatan Trade Centre dalam menjadikan dinar dan dirham sebagai matawang sepatutnya disokong kerana nilainya sangat stabil dan sentiasa meningkat.Sekarang hampir 200,000 kedai di seluruh Malaysia menerima dinar dan dirham Kelantan sebagai tukaran.Sekiranya negara-negara Islam berpakat menukar matawang kepada dinar,apa yang akan terjadi kepada ekonomi amerika ?Hari ini sudah ramai mempertikai sistem kapatalisme yang diguna pakai disana yang menyaksikan ekonominya merudum.

Nilai wang kertas ringgit akan terus jatuh dan jatuh tambah lagi dengan keadaan politik negara yang mengancam keselamatan pemerintah.Sekiranya pilihan raya umum diadakan dalam masa terdekat ,maka banyak lagilah wang akan dicetak untuk ditabur kepada rakyat dan percayalah harga barangan akan sekali dituduh naik mendadak.Dan ketika itu,nilai wang kertas ringgit akan terus susut nilainya.Tukarkan wang kertas anda kepada Dinar pada hari ini untuk kelestarian masa hadapan.Dinar emas untuk Mahar kahwin? Itu yang terbaik untuk orang yang tersayang!

Jom join program Dinihari Dinar di Bangunan Bakti Siti Hasmah di Taman Tun Dr.Ismail hari ini,bermula jam 9pagi -1 tgh hari.Walaupun aku tidak berkesempatan untuk menghadirinya hari ini,aku seru rakan-rakan blogger untuk sama-sama memeriahkan majlis ilmu ini menambah pengetahuan tentang ekonomi yang akan dikupas oleh Prof Dr Umar Ibrahim Vadillo.



Tak rugi untuk menghadirinya.Dapatkan input-input berkenaan dinar sebaiknya.

Friday, August 19, 2011

Lailatul Qadr

Bismillahwalhamdulillah,


Sesungguhnya kami telah turunkannya (al Qur’an) pada malam al qadr.
Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu?
Malam al qadr itu lebih baik daripada seribu bulan
Turun malaikat2 dan malaikat Jibril padanya(malam al qadr) dengan izin Tuhan mereka membawa segala urusan.
Selamat sejahteralah ia(malam al qadr) sehinggalah terbit fajar (Subuh).

Bersama kita rebut peluang yang dikurniakan Allah s.w.t kepada kita semua ini.

~RAMADHAN HADIAH UNTUK HAMBANYA YANG BERTAQWA~

Saturday, August 13, 2011

Congratulations!

Bismillah walhamdulillah,



السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

 Dear Hon. Prof. Dato’,

CONGRATULATIONS 

ON THE APPOINTMENT AS THE NEW HONORABLE RECTOR OF IIUM



On behalf of the students of International Islamic University Malaysia, 
Students' Representative Council 2010/2011 & Pro-Mahasiswa (WUFI) would like to sincerely congratulate Hon. Prof. Dato' on the appointment as the new honorable rector of IIUM. We believe that this achievement will lead this garden of knowledge and virtue to be a better institution.

With high anticipation, we ardently hope for excellent collaboration between the administration and student movement towards achieving the vision and mission of IIUM. May all of us gain benefits and all the deeds be accepted as 'Ibadah.

Tuesday, May 10, 2011

semester 3

Bismillahwalhamdulillah,

Selamat berjaya kepada semua siswa dan siswi UIAM yang mengambil semester 3.

Wednesday, May 4, 2011

OSAMA : betul-betul mati?

Bismillahwalhamdulillah,

Dunia digemparkan dengan kenyataan Barrack Obama bahawa Osama bin Laden telah dibunuh di Pakistan baru-baru ini .

Namun , media online dari Timur Tengah telah mendedahkan gambar Osama pada 29 April 2011 adalah gambar palsu.


Gambar tersebut telah dipercayai di edit  dengan satu gambar lain.Adakah berita kematian Osama bin Laden adalah satu propaganda Amerika Syarikat?Osama betul-betul mati?



Friday, April 1, 2011

Rezeki

Bismillahwalhamdulillah



“Barangsiapa bertaqwa kepada Allah nescaya Dia akan membukakan jalan keluar baginya. Dan Dia memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya.”
(Surah At-Thalaq : 2-3)




Kadang-kadang kita tak jangka rezeki itu datang dari mana jalannya . Saat kita terdesak ,poket kosong , dompet hanya tinggal resit-resit dan slip bank yang menunjukkan baki yang tidak seberapa,yang ada hanyalah sang perut yang menahan lapar tidak diisi sejak sehari yang lepas, tiba-tiba Allah hulurkan pertolonganNya melalui jalan yang sememangnya tidak terjangka akal ini . Itulah kehebatan Yang Maha Hebat! Duit yang kita taburkan Allah akan balas berganda daripada itu , maka apa lagi yang kita takut dan bimbangkan?Allah ada , Dia yang Maha Kaya , yakinlah padaNya .Alhamdulillah , terima kasih Allah .

"Wahai orang-orang yang beriman , jika kamu menolong agama Allah , Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu:"

( Surah Muhammad : 7 ) 

Harus ,bagaimana pergantungan kita kepadaNya? Bagaimana kita meletak Allah dalam kehidupan kita? Apa yang kita sumbangkan kepada agamaNya?Persoalan yang telah dirungkai sebaiknya khatib dalam khutbah Jumaat siang tadi , mungkin tidak perlu lagi aku uraikan lagi ,cuma untuk inputnya sila lihat sini .



REZEKI SEBAGAI PENGHALANG

"Wahai orang-orang yang beriman , Janganlah harta bendamu dan anak-anakmu melalaikan kamu dari mengingati Allah.Dan barang siapa yang brerbuat demikian , maka mereka itulah orang-orang yang rugi"

( Surah Munafiqun : 9 )


Lalai dengan kemewahan dunia , terlalu sibuk menguruskan kekayaan sampai dilupakan Allah . Solat mula dipinggirkan , aurat langsung tidak dijaga , tiada lagi istilah perjuangan Islam , inilah contoh-contoh yang sering berlaku sekarang di mana kekayaan menjadi penghalang untuk manusia dekat pada Allah sedangkan Allah telah menurunkan peringatan buat hambaNya . Nilai kesyukuran sudah tiada dalam kamus hidup , hanya tinggal bagaimana cara untuk menambahkan kekayaan sahaja dalam fikirannya .

Sahabat-sahabat yang dirahmati Allah sekalian , 

Rezeki yang dikurniakan Allah sebaiknya kita pulangkan kepada jalanNya namun tidak bermakna kita tidak menyimpan untuk masa hadapan atau kita gunakannya untuk kegunaan harian . Saidina Ali sebaik menerima 3 dirham hasil pekerjaannya , beliau membahagikan kepada 3 bahagian .1 bahagian untuk kegunaan harian ,1 bahagian untuk simpanan dan 1 lagi bahagian untuk diinfakkan . Tinggal lagi bagaimana kita untuk mengambilnya sebagai satu qudwah untuk kita amalkan , maka uruskanlah rezekimu dengan baik .