Thursday, November 4, 2010

Rindu

Bismillahwalhamdulillah,


Aku rindu untuk menziarahi Baginda Nabi.
Aku rindu untuk menatap  kubah hijau An-Nabawi di mana dibawahnya terletak maqam Junjungan Besar s.a.w





Aku rindu untuk menatap perkuburan Baqi' di mana para sahabat-sahabat,para syuhada' ditempatkan






Aku rindu akan Masjid Quba',masjid pertama didirikan Nabi semasa hijrahnya ke Madinah









Aku rindu untuk melihat kubur Handzalah yang masih basah di Uhud,jua bukitnya yang menyimpan makna tersendiri





Aku rindu pada Masjid Qiblatain,saksi bertukarnya kiblat dari Al-Aqsa ke Kaabah






Aku rindu pada Jabal Rahmah , tempat pertemuan Adam dan Hawa





Aku rindu pada Masjid Nabawi , di dalamnya terdapat Raudhah ,menyaksikan mimbar Nabi , rindu pada tenangnya suasana subuh di sana





Aku rindu pada Masjid Haram






Aku rindu pada Kaabah

Ya Allah ,permudahkan urusan hambaMu ini,makbulkan doaku Ya Allah.

2 comments:

  1. Juga kumohon dkurniakn sahabat yang saling brsahabat krn Akidah n prjuangan...buknnye krn kpentingan sesua2

    ReplyDelete