· Tarbiyyah BUKAN untuk orang yang malas
· Dakwah BUKAN untuk orang yang takut nak bergerak dan mencabar diri.
· Tarbiyyah BUKAN untuk orang yang cepat bosan,lari ,lompat-lompat,sekejap down,sekejap up,cepat terasa.
· Tarbiyyah BUKAN bagi orang yang memilih program untuk dia ikuti yang senang dan mudah join ,yang penat ,bersusah payah elak.
· BUKAN untuk orang yang mencari Tarbiyyah hanya bila terasa diuji oleh Tuhan.Kalau tak, batang hidung pun tak Nampak.
· BUKAN bagi yang meletakkan dakwah hanya untuk mencari calon akhawat atau ikhwah sebagai sang isteri dan suami.
· BUKAN yang join hanya untuk meminta tolong teman-teman seperjuangan bila dia dalam kesusahan.Tapi kesenangan dan kelebihan yang dia dapat,tidak berkongsi dengan orang lain.
· BUKAN yang cepat mengalah.
· BUKAN yang meletakkan mabit,qiamullai dan daurah dalam diari hanya selepas ditolak dengan semua agenda dan upacara-upacara penting yang lain.
· BUKAN yang hanya pandai cakap (dan menulis) tapi amal kosong.
· BUKAN yang hanya compare jemaah itu dan ini,yang boleh mengkritik dan menilai harakah itu dan ini.
· Dakwah BUKAN untuk orang yang ikut Liqa’ hanya akan disebut sebagai ahli dalam harakah itu dan ini jemaah itu dan ini.
· Dakwah BUKAN untuk orang yang tidak boleh diberikan tugasan last minute.
· Dakwah BUKAN untuk orang yang tak nak keluarkan duit,infaq ke jalan Allah.
· Dakwah BUKAN untuk orang yang tak nak sesekali tidur lewat ,terpaksa berjalan jauh.
· Dakwah BUKAN bagi orang yang ada program untuk ikut terlibat,mesti naik kereta besar dan mewah ,yang air-cond dan laju.Yang tak nak naik bas,public transport dan yang kena berpeluh-peluh.
· Tarbiyyah BUKAN untuk orang yang contact dan info dia tentang perkembangan terkini sedangkan dia kena macam boss,hanya tunggu information.
· Dakwah BUKAN bagi mereka yang hanya nak berkawan dengan orang berduit dan berharta ,yang hidup mewah dan mengelak berkawan dengan orang yang susah,miskin,dan pakai comot.
· Dakwah BUKANlah untuk orang yang setiap masa dan ketika,kerja nak beri alasan ini dan itu.Penat,mengantuk,susah,banyak kerja,keluarga tak bagi keluar.
TARBIYYAH bukanlah segala-galanya
Tapi segala bermula dengan tarbiyyah.
Tanpa anda,orang yang sering beralasan ini,dakwah akan terus berjalan.Islam akan tetap berjaya.Ummah akan tetap terpelihara.
Salam Ustaz,
ReplyDeleteustaz sebagai SISWA UIA mesti tahu etika penulisan dan kepentingan referencing.
Adalah tidak beretika untuk copy paste karya orang lain tanpa dikreditkan kepada penulis asal. wA.
p/s: adakah tahap penulisan akademik mahasiswa juga berada ditahap begini?
Ferdaus Tahar
Ireland
Wslm,
ReplyDeleteAna lastu ustaz,=)
Ya,tidak mengkreditkan kepada penulis yang asal memang dikira sebagai satu kesalahan dan tidak bermoral dalam etika penulisan.Entri di atas sememangnya "copy paste" ,penulis asalnya tidak diketahui,begitu juga sumbernya yang sahih.Mohon maaf terlepas pandang smsa meletakkan entri ini,sejujurnya.
terima kasih atas teguran,moga ia menjadi pengiktibaran kepada semua.
TQVM
totally agree dgn entri tersebut. w/pun xde kredit, kita ambil mnfaat dr isinya la k..
ReplyDelete