Bismillahwalhamdulillah,
30 TAHUN berlalu,10 KERAJAAN sudah bertukar ,dengan hanya 1 PRESIDEN yang memerintah,rekodnya sebagai diktator sememangnya hebat .Akhirnya terpaksa akur dengan kehendak rakyatnya yang mahukan dia mengundur diri. 18 hari mengasak sehinggakan kemuncaknya berarak ke Istana Presiden menunjukkan komitmen rakyat mahu melihat Mesir berubah .
PERISTIWA 12 FEBUARI 1949
Tanggal 12 Feb 2011 akan menjadi hari bersejarah buat warga Mesir,menamatkan pemerintahan dan menunjukkan bahawa rakyat lebih berkuasa daripada seorang pemerintah.Masihkah anda semua mengingati peristiwa 12 feb 1949?Syahidnya seorang pejuang terkenal,pengasas kepada Ikhwan Muslimin,sebuah gerakan Islam.As-Syahid Imam Hassan Al-Banna telah syahid pada tanggal ini telah ke Jamiyyah al-Shubban al-Muslimeen bersama abang iparnya , Abdul Karim Mansur untuk berunding dengan seorang menteri Zaki Ali Basha yang mewakili pihak kerajaan Mesir ketika itu.Setelah menunggu sehingga ke jam 5 petang,Imam Hassan dan Abdul Karim membuat keputusan untuk meninggalkan tempat itu setelah wakil kerajaan tidak muncul menghadirkan diri.Sebaik sahaja keluar daripada pejabat ,Imam Hassan Al-Banna ditembak oleh 2 penembak upahan.Walaupun terkena tujuh tembakan, Hasan al-Banna masih mampu berjalan masuk semula ke pejabat menelefon ambulans untuk membawa mereka ke hospital.
Mereka dikawal rapi oleh Jeneral Muhammad al-Jazzar dan tidak membenarkan sebarang rawatan diberikan kepada Hasan al Banna di hospital Qasral 'Aini, . Pada pukul 12.50 tengah malam, Hasan al-Banna menghembuskan nafas yang terakhir akibat pendarahan yang banyak.
Mati seorang pejuang tidak bermakna akan mati perjuangan.Perjuagan tetap diteruskan dan disambung sehingga ke hari akhirat.Tahniah,semoga Mesir bangkit dan keluar daripada cengkaman Yahudi dan Amerika!
No comments:
Post a Comment