Wednesday, August 31, 2011

Salam Kemenangan salam kemerdekaan!

Bismillahwalhamdulillah,

Ramadhan 1432H akhirnya telah pergi meninggalkan kita semua.Suasana hebat tatkala semua orang berlumba-lumba mengerjakan kebaikan yang sangat menakjubkan dengan melakukan ibadah terawih ,solat malam ,bersedekah, bertadarus Al-Quran ,mengajurkan majlis berbuka puasa dan lainnya.Begitulah indahnya Ramadhan apabila semua berusaha ke arah kebaikan.Hebatnya Ramadhan dengan ganjaran yang berlipat kali ganda ,pengampunan dosa lampau dan tawaran hebat persijilan Taqwa.Kini, Syawal pula tiba,dan saat itu disambut meriah dengan kegembiraan dan jua kesedihan.

Kegembiraan Syawal bukanlah pada erti pakaian baru.Kegembiraan Syawal bukanlah pada erti kuih yang beraneka rasa dan bentuk ,kegembiraan Syawal bukanlah pada duit raya,kegembiraan Syawal bukanlah pada erti semarak mercun dan bunga api.Tetapi kegembiraan Syawal pada erti kemenangan yang telah diraih pada bulan Ramadhan.Kemenangan melawan nafsu,kemenangan dalam beribadah kepada Sang Pencipta,mendekatkan diri kepada Allah s.w.t. Kemenangan pada erti memerdekakan diri daripada bisikan Syaitan yang direjam.

Syawal kali ini yang jua jatuh pada tika Hari Kemerdekaan negara kita yang ke-54.Kemerdekaan yang diraih setelah bendera Union Jack diturunkan dan bendera Malaysia dinaikkan tepat pada jam 12 tengah malam 31 Ogos 1957.Maka, penyerahan secara rasmi persekutuan Tanah Melayu ketika itu daripada kerajaan British menjadi simbol merdekanya negara kita.Namun begitu , perlu diingat bahawa erti kemerdekaan yang sebenar adalah dengan meletakkan kalimah Allah di tempat tertinggi di dalam siasah atur cara negara kita,menjadikan Islam sebagai cara hidup.Merdekakanlah negara kita daripada segala anasir sekularisme ,merdekakanlah negara kita daripada kapitalisme ,merdekakanlah negara kita daripada segala anasir yang mrosakkan aqidah.

Syawal bukanlah bulan untuk melantak di rumah terbuka semata-mata,marilah kita mengamalkan hadith Rasulullah s.a.w ini ;



من صام رمضان ثم اتبعه ستا من شوال كان كصيام الدهر


“Barangsiapa yang telah berpuasa Ramadhan dan kemudian dia
mengikutkannya dengan puasa enam hari dari bulan Syawwal, maka
dia seperti orang yang berpuasa selama satu tahun.”  [Sahih:
Diriwayatkan oleh Muslim dalam Shahihnya, hadits no: 1164 (Kitab alSiyam, Bab disunnatkan berpuasa enam hari dari bulan Syawal)]



Bersempena dengan EidulFitri 1432H , saya dengan ini memohon ampun dan maaf daripada kalian yang mengenali diri yang faqir ini ,maaf zahir dan batin .


Selamat Hari Raya EidulFitri 1432H,
Minal A'idin Wal Faaidzin.



No comments:

Post a Comment