Bismillahwalhamdulillah,
Perjuangan memerdekakan tanah air daripada pemerintahan kuku besi korupsi kini memasuki hari ke-8.Rakyat Mesir yang bangkit dengan cetusan inspirasi kejatuhan pemerintahan kuku besi Ben Ali di Tunisia kini memenuhi jalan-jalan raya mendesak Presiden Hosni Mubarak segera meletak jawatan.Setelah 30 tahun, rakyat Mesir sudah tidak dapat menahan sabar dengan gaya pemerintahan Presiden Hosni yang bersifat ditaktor ,selama itulah negara mereka tidak mempunyai sistem pilihan raya sehinggakan Timbalan Presiden pun hanya dilantik kelmarin setelah kekosongan jawatan itu bermula era pemerintahannya.
TUNISIA PEMBEKAL INSPIRASI
Sejarah tercipta apabila Revolusi Jasmine berjaya menumbangkan Presiden Zine El Abinine Ben Ali setelah beliau memerintah Tunisia selama 23 tahun.Kemenangan rakyat yang hanya mengambil masa 48jam itu telah memberi inspirasi bukan sahaja kepada Mesir tetapi turut memberi impak kepada negara Algeria dan Yaman walaupun kedua-dua negara ini tidak sehebat di Mesir.Begitu hebat suara rakyat Tunisia , bukan sahaja berjaya memerdekakan negara mereka daripada cengkaman kuku besi Ben Ali tetapi telah menyuntik semangat negara-negara yang mengalami nasib yang sama.
Kembali ke negara Mesir yang juga negara terbesar di rantau Asia Tengah.Setelah melakukan beberapa penelitian di beberapa web dan akhbar serta pandangan pengalisis politik , terdapat laporan menyatakan rancangan menumbangkan kerajaan Mesir telah dirancang oleh Agensi Perisikan Pusat (CIA) sejak tiga tahun dahulu , namun begitu apa yang berlaku sekarang bukan semata-mata berpunca doktrin halus yang cuba disuntik Amerika dan Britain yang mempunyai kepentingan politik dan ekonomi di negara itu tetapi jelasnya ia berlaku kerana perasaan tidak puas hati rakyat kepada pemerintah yang dilihat gagal melindungi hak rakyat.Kadar pengangguran yang tinggi,gaji yang rendah ,kekejaman polis ,ketiadaan kebebesan bersuara dan kadar inflasi yang tinggi merupakan punca-punca berlakunya letusan gunung berapi rakyat Mesir ini.Rakyat sudah meluat dan hilang sabar dengan pemerintah sebegini,inilah akibatnya!
Sementara itu di Malaysia kini riuh mendesak kerajaan bertindak segera memindahkan pelajar-pelajar Malaysia yang berjumlah hampir 11000 orang.Ibu Bapa menyatakan kebimbangan terhadap keselamatan anak-anak mereka.Tidak kurang masalah kekurangan stok makanan dan kenaikan harga sehinggakan secawan kopi mencecah RM200 ada dalam kalangan mereka terperangkap dan terkandas di lapangan terbang.Wisma Putra digesa supaya cepat bertindak dalam memastikan keselamatan pelajar-pelajar Malaysia di sana.
Semoga rakyat Mesir berjaya memerdekakan negara mereka daripada pemerintah kuku besi korupsi + keselamatan Kakakku Nik Nabilah dan seluruh rakyat Malaysia di Mesir terpelihara sebaiknya,amin.
Tuesday, February 1, 2011
Wednesday, January 26, 2011
Kelahiran bayi tidak sah taraf pada tahap kronik
KUALA TERENGGANU: Menggerunkan apabila seramai 623 anak tidak sah taraf dilahirkan di negeri ini tahun lalu sekali gus menunjukkan gejala kelahiran anak luar nikah berada pada tahap kronik.
Lebih mengejutkan, daripada jumlah itu, kadar tertinggi dicatatkan pada Mei dengan 72 kelahiran dan September 60 kelahiran yang dikaitkan dengan kemunculan ‘produk’ yang dibuat sembilan bulan sebelum itu iaitu pada Ogos dan Disember.
Hasil kelahiran dicatatkan dua bulan itu juga dikaitkan sebagai ‘musim mengawan’ pasangan muda-mudi yang berpesta seks tanpa ikatan sah pada malam sambutan hari kemerdekaan dan tahun baru.
Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Terengganu, Ghazali @ Suhaimi Muhammad berkata, jumlah kelahiran anak tidak sah taraf itu dicatatkan di sembilan pejabat JPN membabitkan bayi pelbagai agama daripada pasangan warganegara dan bukan warganegara.
“Angka ini begitu menggerunkan dan menunjukkan penyakit masyarakat yang membimbangkan semua pihak. Lebih menyedihkan, majoriti bayi dilahirkan daripada ibu beragama Islam.
“Jadi kita minta kerjasama agensi lain seperti Jabatan Agama Islam Negeri, Jabatan Kebajikan Masyarakat dan agensi lain bersama membanteras pergaulan bebas muda-mudi bagi mengelak mereka terjerumus ke lembah maksiat dan menghasilkan anak luar nikah,” katanya selepas menyempurnakan Majlis Penganugerahan Taraf Kewarganegaraan Malaysia di pejabat JPN Terengganu, di sini, semalam.
Pada majlis itu, lima orang menerima sijil warganegara mengikut Perkara 15A Perlembagaan Persekutuan dan lapan lagi mengikut Perkara 19(1)(a) Perlembagaan Persekutuan dengan lapan berasal dari Kemboja serta masing-masing satu dari Indonesia dan India.
sumber :http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Kelahiranbayitidaksahtarafpadatahapkronik/Article/index_html
Lebih mengejutkan, daripada jumlah itu, kadar tertinggi dicatatkan pada Mei dengan 72 kelahiran dan September 60 kelahiran yang dikaitkan dengan kemunculan ‘produk’ yang dibuat sembilan bulan sebelum itu iaitu pada Ogos dan Disember.
Hasil kelahiran dicatatkan dua bulan itu juga dikaitkan sebagai ‘musim mengawan’ pasangan muda-mudi yang berpesta seks tanpa ikatan sah pada malam sambutan hari kemerdekaan dan tahun baru.
Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Terengganu, Ghazali @ Suhaimi Muhammad berkata, jumlah kelahiran anak tidak sah taraf itu dicatatkan di sembilan pejabat JPN membabitkan bayi pelbagai agama daripada pasangan warganegara dan bukan warganegara.
“Angka ini begitu menggerunkan dan menunjukkan penyakit masyarakat yang membimbangkan semua pihak. Lebih menyedihkan, majoriti bayi dilahirkan daripada ibu beragama Islam.
“Jadi kita minta kerjasama agensi lain seperti Jabatan Agama Islam Negeri, Jabatan Kebajikan Masyarakat dan agensi lain bersama membanteras pergaulan bebas muda-mudi bagi mengelak mereka terjerumus ke lembah maksiat dan menghasilkan anak luar nikah,” katanya selepas menyempurnakan Majlis Penganugerahan Taraf Kewarganegaraan Malaysia di pejabat JPN Terengganu, di sini, semalam.
Pada majlis itu, lima orang menerima sijil warganegara mengikut Perkara 15A Perlembagaan Persekutuan dan lapan lagi mengikut Perkara 19(1)(a) Perlembagaan Persekutuan dengan lapan berasal dari Kemboja serta masing-masing satu dari Indonesia dan India.
sumber :http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Kelahiranbayitidaksahtarafpadatahapkronik/Article/index_html
Monday, January 24, 2011
Friday, January 21, 2011
DAKWAH & TARBIYYAH BUKAN UNTUK SI MANJA
· Tarbiyyah BUKAN untuk orang yang malas
· Dakwah BUKAN untuk orang yang takut nak bergerak dan mencabar diri.
· Tarbiyyah BUKAN untuk orang yang cepat bosan,lari ,lompat-lompat,sekejap down,sekejap up,cepat terasa.
· Tarbiyyah BUKAN bagi orang yang memilih program untuk dia ikuti yang senang dan mudah join ,yang penat ,bersusah payah elak.
· BUKAN untuk orang yang mencari Tarbiyyah hanya bila terasa diuji oleh Tuhan.Kalau tak, batang hidung pun tak Nampak.
· BUKAN bagi yang meletakkan dakwah hanya untuk mencari calon akhawat atau ikhwah sebagai sang isteri dan suami.
· BUKAN yang join hanya untuk meminta tolong teman-teman seperjuangan bila dia dalam kesusahan.Tapi kesenangan dan kelebihan yang dia dapat,tidak berkongsi dengan orang lain.
· BUKAN yang cepat mengalah.
· BUKAN yang meletakkan mabit,qiamullai dan daurah dalam diari hanya selepas ditolak dengan semua agenda dan upacara-upacara penting yang lain.
· BUKAN yang hanya pandai cakap (dan menulis) tapi amal kosong.
· BUKAN yang hanya compare jemaah itu dan ini,yang boleh mengkritik dan menilai harakah itu dan ini.
· Dakwah BUKAN untuk orang yang ikut Liqa’ hanya akan disebut sebagai ahli dalam harakah itu dan ini jemaah itu dan ini.
· Dakwah BUKAN untuk orang yang tidak boleh diberikan tugasan last minute.
· Dakwah BUKAN untuk orang yang tak nak keluarkan duit,infaq ke jalan Allah.
· Dakwah BUKAN untuk orang yang tak nak sesekali tidur lewat ,terpaksa berjalan jauh.
· Dakwah BUKAN bagi orang yang ada program untuk ikut terlibat,mesti naik kereta besar dan mewah ,yang air-cond dan laju.Yang tak nak naik bas,public transport dan yang kena berpeluh-peluh.
· Tarbiyyah BUKAN untuk orang yang contact dan info dia tentang perkembangan terkini sedangkan dia kena macam boss,hanya tunggu information.
· Dakwah BUKAN bagi mereka yang hanya nak berkawan dengan orang berduit dan berharta ,yang hidup mewah dan mengelak berkawan dengan orang yang susah,miskin,dan pakai comot.
· Dakwah BUKANlah untuk orang yang setiap masa dan ketika,kerja nak beri alasan ini dan itu.Penat,mengantuk,susah,banyak kerja,keluarga tak bagi keluar.
TARBIYYAH bukanlah segala-galanya
Tapi segala bermula dengan tarbiyyah.
Tanpa anda,orang yang sering beralasan ini,dakwah akan terus berjalan.Islam akan tetap berjaya.Ummah akan tetap terpelihara.
Sunday, December 12, 2010
Tuesday, December 7, 2010
1432H tiba
Bagaimana pula untuk tahun ini..?
Tahun ini perjalanan makin mencabar,moga cabaran itu menjadi satu keseronokan yang mencorak hidupku.Menginjak had umur melebihi 1/3 usia,maka saya perlu mencatur kehidupan dengan lebih berhati-hati dan lebih fokus.Menyelesaikan asas-asas dalam masa terdekat menjadi keutamaan sebelum fasa kehidupan seterusnya.Maka, 3 fokus utama menjadi pengamatan untuk saya selesaikan untuk setengah tahun yang pertama.Salah satunya pengukuhan kewangan.Tiba masa untuk menabung dengan lebih advance untuk kegunaan mendatang.
Bicara tentang awal tahun tidak dapat lari daripada topik Hijrah.Mana taknya,tahun hijri dikira bermula daripada peristiwa hijrah.Kini 1432 tahun peristiwa itu telah berlalu.Hijrah Nabi selalu kita ungkapi,tetapi susah untuk diaplikasi dan teladani.Sepatutnya sirah itu bukan sekadar hafalan tetapi menjadi pergerakan atau perbuatan.Renung-renungkan.
SELAMAT TAHUN BARU 1432H
BUAT SEMUA SAHABAT-SAHABAT
UMMAT ISLAM SEANTERO DUNIA
Friday, December 3, 2010
Jaulah 1 ( Kedah )
Bismillahwalhamdulillah,
Cuti semester,aku ke Kedah.Memenuhi jemputan sahabatku untuk sama-sama berbakti mencurahkan khidmat tenaga dan idea untuk 2 kem,Kem Bina Insan dan Kem Kepimpinan SMKA Baling.
Kem Bina Insan,diadakan di Yayasan Khairiah.Kem anjuran kerajaan negeri Kedah. Untuk pengetahuan,kerajaan negeri Kedah menganjurkan 3 jenis kem iaitu, Kem anak Soleh untuk pelajar berusia 9-12tahun, Kem Bina Insan untuk pelajar berusia 13-15 tahun dan Kem Bina Sahsiah untuk remaja berusia 16-17tahun. Kem Bina Insan berobjektif membina jati diri remaja supaya mereka seimbang mental dan fizikal,melahirkan remaja yang mempunyai daya tahan yang tinggi melawan arus godaan dunia yang semakin hebat tika ini. Membicarakan soal pembinaan tamadun bermula dengan mengukuhkan asas agama dalam diri peserta,elemen solat dan wudhuk ditekankan secara teori dan praktikal. Jangan terkejut jika ramai peserta tidak menunaikan solat 5 waktu secara total ,ada yang tidak pandai membaca al-fatihah,malah ada yang tak tahu bacaan tahiyat akhir. Hasilnya,kem selama 4 hari ini menampung lubang-lubang itu. Peserta terdiri daripada remaja berumur 13-15 tahun seramai 163 orang, fasilitator seramai 14orang lelaki dan 13 orang perempuan. Kem ini hebat.Tertarik dengan kata-kata YB exco yang datang merasmikan majlis penutup kem ini,
"zaman sekarang pendidikan kem merupakan salah satu pendidikan yang wajib diberikan kepada anak-anak selepas pendidikan daripada ibubapa dan sekolah sebagai memenuhi tuntutan hidup yang bergelora pada zaman ini.Pembangunan insan lebih penting daripada pembangunan lahiriah,maka tiada guna membina pencakar langit tetapi anak mudanya bergelumang dengan najis dadah,zina berleluasa,buang anak hiasi dada akhbar setiap hari..."
Usai kem pertama pada 25 November 2010, kem kedua pula aku hadapi.Kem Kepimpinan SMKA Baling.Kali ini ditugaskan sebagai jurulatih utama bersama-sama Faiz,Taufiq,Izzaz,Atikah dan Adilah.Segala bentuk modul dan perjalanan kem diserahkan kepada kami.Habis je KBI,kami terus "brainstorm" modul-modul dan pembawakan yang ingin dibawa dalam kem ini.Dengan bantuan senior,Taufiq Iqbal dan pakar modul,Taufiq Redzuan serta kolam air panas Baling,maka modul-modul siap dirangka.
26 November 2010,Kem bermula,bertempat di Kem PLKN Sg.Limau,Baling.Mereka hebat,namun kehebatan mereka belum diserlahkan masih tersembunyi di dalam diri mereka.Tugas kami ialah mengejutkan POTENSI yang sedang enak tidur di dalam diri.Menyedarkan mereka bahawa pentingnya hidup berpandu dan terpandu dengan matlamat yang jelas,menyedarkan bahawa mereka sedang memikul satu amanah yang berat.Alhamdulillah,segala perancangan yang diatur berjalan lancar merangkumi perjalanan program,slot-slot LDK,dan slot muhasabah.
SOLUSI=FOKUS+ OUT OF THE BOX + KERJA KERAS + TAWAKKAL
Inilah formula terhasil setelah 3 hari 2 malam kami mendera mereka.Formula terhasil daripada kesimpulan -kesimpulan berdasarkan ldk-ldk yang dijalankan.
Alhamdulillah,banyak ilmu baru kupelajari sepanjang dua kem berlangsung.Terima kasih semua!
Subscribe to:
Posts (Atom)



