Monday, January 24, 2011
Friday, January 21, 2011
DAKWAH & TARBIYYAH BUKAN UNTUK SI MANJA
· Tarbiyyah BUKAN untuk orang yang malas
· Dakwah BUKAN untuk orang yang takut nak bergerak dan mencabar diri.
· Tarbiyyah BUKAN untuk orang yang cepat bosan,lari ,lompat-lompat,sekejap down,sekejap up,cepat terasa.
· Tarbiyyah BUKAN bagi orang yang memilih program untuk dia ikuti yang senang dan mudah join ,yang penat ,bersusah payah elak.
· BUKAN untuk orang yang mencari Tarbiyyah hanya bila terasa diuji oleh Tuhan.Kalau tak, batang hidung pun tak Nampak.
· BUKAN bagi yang meletakkan dakwah hanya untuk mencari calon akhawat atau ikhwah sebagai sang isteri dan suami.
· BUKAN yang join hanya untuk meminta tolong teman-teman seperjuangan bila dia dalam kesusahan.Tapi kesenangan dan kelebihan yang dia dapat,tidak berkongsi dengan orang lain.
· BUKAN yang cepat mengalah.
· BUKAN yang meletakkan mabit,qiamullai dan daurah dalam diari hanya selepas ditolak dengan semua agenda dan upacara-upacara penting yang lain.
· BUKAN yang hanya pandai cakap (dan menulis) tapi amal kosong.
· BUKAN yang hanya compare jemaah itu dan ini,yang boleh mengkritik dan menilai harakah itu dan ini.
· Dakwah BUKAN untuk orang yang ikut Liqa’ hanya akan disebut sebagai ahli dalam harakah itu dan ini jemaah itu dan ini.
· Dakwah BUKAN untuk orang yang tidak boleh diberikan tugasan last minute.
· Dakwah BUKAN untuk orang yang tak nak keluarkan duit,infaq ke jalan Allah.
· Dakwah BUKAN untuk orang yang tak nak sesekali tidur lewat ,terpaksa berjalan jauh.
· Dakwah BUKAN bagi orang yang ada program untuk ikut terlibat,mesti naik kereta besar dan mewah ,yang air-cond dan laju.Yang tak nak naik bas,public transport dan yang kena berpeluh-peluh.
· Tarbiyyah BUKAN untuk orang yang contact dan info dia tentang perkembangan terkini sedangkan dia kena macam boss,hanya tunggu information.
· Dakwah BUKAN bagi mereka yang hanya nak berkawan dengan orang berduit dan berharta ,yang hidup mewah dan mengelak berkawan dengan orang yang susah,miskin,dan pakai comot.
· Dakwah BUKANlah untuk orang yang setiap masa dan ketika,kerja nak beri alasan ini dan itu.Penat,mengantuk,susah,banyak kerja,keluarga tak bagi keluar.
TARBIYYAH bukanlah segala-galanya
Tapi segala bermula dengan tarbiyyah.
Tanpa anda,orang yang sering beralasan ini,dakwah akan terus berjalan.Islam akan tetap berjaya.Ummah akan tetap terpelihara.
Sunday, December 12, 2010
Tuesday, December 7, 2010
1432H tiba
Bagaimana pula untuk tahun ini..?
Tahun ini perjalanan makin mencabar,moga cabaran itu menjadi satu keseronokan yang mencorak hidupku.Menginjak had umur melebihi 1/3 usia,maka saya perlu mencatur kehidupan dengan lebih berhati-hati dan lebih fokus.Menyelesaikan asas-asas dalam masa terdekat menjadi keutamaan sebelum fasa kehidupan seterusnya.Maka, 3 fokus utama menjadi pengamatan untuk saya selesaikan untuk setengah tahun yang pertama.Salah satunya pengukuhan kewangan.Tiba masa untuk menabung dengan lebih advance untuk kegunaan mendatang.
Bicara tentang awal tahun tidak dapat lari daripada topik Hijrah.Mana taknya,tahun hijri dikira bermula daripada peristiwa hijrah.Kini 1432 tahun peristiwa itu telah berlalu.Hijrah Nabi selalu kita ungkapi,tetapi susah untuk diaplikasi dan teladani.Sepatutnya sirah itu bukan sekadar hafalan tetapi menjadi pergerakan atau perbuatan.Renung-renungkan.
SELAMAT TAHUN BARU 1432H
BUAT SEMUA SAHABAT-SAHABAT
UMMAT ISLAM SEANTERO DUNIA
Friday, December 3, 2010
Jaulah 1 ( Kedah )
Bismillahwalhamdulillah,
Cuti semester,aku ke Kedah.Memenuhi jemputan sahabatku untuk sama-sama berbakti mencurahkan khidmat tenaga dan idea untuk 2 kem,Kem Bina Insan dan Kem Kepimpinan SMKA Baling.
Kem Bina Insan,diadakan di Yayasan Khairiah.Kem anjuran kerajaan negeri Kedah. Untuk pengetahuan,kerajaan negeri Kedah menganjurkan 3 jenis kem iaitu, Kem anak Soleh untuk pelajar berusia 9-12tahun, Kem Bina Insan untuk pelajar berusia 13-15 tahun dan Kem Bina Sahsiah untuk remaja berusia 16-17tahun. Kem Bina Insan berobjektif membina jati diri remaja supaya mereka seimbang mental dan fizikal,melahirkan remaja yang mempunyai daya tahan yang tinggi melawan arus godaan dunia yang semakin hebat tika ini. Membicarakan soal pembinaan tamadun bermula dengan mengukuhkan asas agama dalam diri peserta,elemen solat dan wudhuk ditekankan secara teori dan praktikal. Jangan terkejut jika ramai peserta tidak menunaikan solat 5 waktu secara total ,ada yang tidak pandai membaca al-fatihah,malah ada yang tak tahu bacaan tahiyat akhir. Hasilnya,kem selama 4 hari ini menampung lubang-lubang itu. Peserta terdiri daripada remaja berumur 13-15 tahun seramai 163 orang, fasilitator seramai 14orang lelaki dan 13 orang perempuan. Kem ini hebat.Tertarik dengan kata-kata YB exco yang datang merasmikan majlis penutup kem ini,
"zaman sekarang pendidikan kem merupakan salah satu pendidikan yang wajib diberikan kepada anak-anak selepas pendidikan daripada ibubapa dan sekolah sebagai memenuhi tuntutan hidup yang bergelora pada zaman ini.Pembangunan insan lebih penting daripada pembangunan lahiriah,maka tiada guna membina pencakar langit tetapi anak mudanya bergelumang dengan najis dadah,zina berleluasa,buang anak hiasi dada akhbar setiap hari..."
Usai kem pertama pada 25 November 2010, kem kedua pula aku hadapi.Kem Kepimpinan SMKA Baling.Kali ini ditugaskan sebagai jurulatih utama bersama-sama Faiz,Taufiq,Izzaz,Atikah dan Adilah.Segala bentuk modul dan perjalanan kem diserahkan kepada kami.Habis je KBI,kami terus "brainstorm" modul-modul dan pembawakan yang ingin dibawa dalam kem ini.Dengan bantuan senior,Taufiq Iqbal dan pakar modul,Taufiq Redzuan serta kolam air panas Baling,maka modul-modul siap dirangka.
26 November 2010,Kem bermula,bertempat di Kem PLKN Sg.Limau,Baling.Mereka hebat,namun kehebatan mereka belum diserlahkan masih tersembunyi di dalam diri mereka.Tugas kami ialah mengejutkan POTENSI yang sedang enak tidur di dalam diri.Menyedarkan mereka bahawa pentingnya hidup berpandu dan terpandu dengan matlamat yang jelas,menyedarkan bahawa mereka sedang memikul satu amanah yang berat.Alhamdulillah,segala perancangan yang diatur berjalan lancar merangkumi perjalanan program,slot-slot LDK,dan slot muhasabah.
SOLUSI=FOKUS+ OUT OF THE BOX + KERJA KERAS + TAWAKKAL
Inilah formula terhasil setelah 3 hari 2 malam kami mendera mereka.Formula terhasil daripada kesimpulan -kesimpulan berdasarkan ldk-ldk yang dijalankan.
Alhamdulillah,banyak ilmu baru kupelajari sepanjang dua kem berlangsung.Terima kasih semua!
Thursday, November 4, 2010
Rindu
Bismillahwalhamdulillah,
Aku rindu untuk menziarahi Baginda Nabi.
Aku rindu untuk menatap kubah hijau An-Nabawi di mana dibawahnya terletak maqam Junjungan Besar s.a.w
Aku rindu untuk menatap perkuburan Baqi' di mana para sahabat-sahabat,para syuhada' ditempatkan
Aku rindu akan Masjid Quba',masjid pertama didirikan Nabi semasa hijrahnya ke Madinah
Aku rindu untuk melihat kubur Handzalah yang masih basah di Uhud,jua bukitnya yang menyimpan makna tersendiri
Aku rindu pada Masjid Qiblatain,saksi bertukarnya kiblat dari Al-Aqsa ke Kaabah
Aku rindu pada Jabal Rahmah , tempat pertemuan Adam dan Hawa
Aku rindu pada Masjid Nabawi , di dalamnya terdapat Raudhah ,menyaksikan mimbar Nabi , rindu pada tenangnya suasana subuh di sana
Aku rindu pada Masjid Haram
Aku rindu pada Kaabah
Ya Allah ,permudahkan urusan hambaMu ini,makbulkan doaku Ya Allah.
Masjid tetap kukuh walau dilanda Tsunami
Bismillahwalhamdulillah,
Allahuakbar!Dengan kekuasaanNya, Masjid Mujahidin yang berusia kira-kira 30 tahun di Kampung Pasapuat, Pagai Utara, Sumatera Barat masih tetap utuh walaupun beberapa kawasan perumahan sekelilingnya hancur dilanda badai tsunami, Isnin lalu.
Sumber : berita harian
Allahuakbar!Dengan kekuasaanNya, Masjid Mujahidin yang berusia kira-kira 30 tahun di Kampung Pasapuat, Pagai Utara, Sumatera Barat masih tetap utuh walaupun beberapa kawasan perumahan sekelilingnya hancur dilanda badai tsunami, Isnin lalu.
Sumber : berita harian
Subscribe to:
Posts (Atom)


